Informasi
Tema Hari Guru 2024 Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
Saban tahun, Hari Guru akan disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Apakah tema hari bagi tahun 2024? Tema sambutan hari guru untuk tahun 2024 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”. Ditetapkan pada tarikh 16 Mei untuk setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tarikh yang sama iaitu dalam tahun 1956 yang lepas mengikut sejarah Malaysia melalui Laporan Razak. Ianya telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Pelancaran Hari Guru tahun 2024 kali ini adalah untuk edisi yang ke 53. Tahun lepas lokasi sambutan Hari Guru diadakan di lokasi yang akan dikemaskini. Bagi tahun 2021 dan atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sambutan hari guru akan menjurus kepada program yang diadakan secara dalam talian termasuk di media sosial tidak seperti tahun sebelumnya yang disambut secara besar-besaran,
Isi Kandungan
Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
Tema sambutan hari guru 2024 telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 9 Mac iaitu “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”. Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 akan diadakan pada 14 hingga 16 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang.
Tema yang dipilih adalah untuk menyokong salah satu daripada 7 Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah, untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik.
Maklumat lanjut berkenaan tema, tarikh sambutan dan lain-lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tema 2023 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Pada 5 Mac 2023, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah melancarkan tema Sambutan Hari Guru 2023 iaitu Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Ia berkonsepkan kebangkitan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru.
Maklumat lain seperti logo, lagu dan lokasi sambutan di peringkat kebangsaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tema 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).
Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.
Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.
Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.
KPM yakin bahawa tema “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.
Definisi Logo Hari Guru 2022
Konsep Sekolahku Sejahtera adalah penerapan nilai, etika, kerohanian dan identiti nasional bagi melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran negara, masyarakat, negara dan komuniti global.
SEJAHTERA terdiri daripada 14 elemen nilai-nilai murni yang ingin diketengahkan kepada murid oleh guru-guru:
- S : Selamat, Seronok dan Sihat
- E : Etika dan Empati
- J : Jati Diri
- A : Adab sopan
- H : Harmoni
- T : Tekun, Teliti dan Terampil
- E : Eksplorasi
- R : Rasional
- A : Artikulasi
Guru di Prasekolah berperanan memperkenalkan nilai-nilai murni ini dan membimbing murid dalam amalan seharian mereka. Di peringkat Sekolah Rendah pula, peranan guru berubah daripada pembimbing kepada mentor. Murid seharusnya mampu mempamerkan nilai-nilai murni yang diketengahkan. Pada peringkat Sekolah Menengah, guru bertindak sebagai fasilitator kepada murid untuk mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam setiap aktiviti di sekolah.
Maklumat lanjut mengenai konsep Sekolah Sejahtera serta sambutan hari guru Tahun 2022 boleh dibuka pada pautan berikut:
Objektif Hari Guru Malaysia
Dikongsikan juga antara objektif-objektif kenapa diadakan Hari Guru ini:
- Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat
- Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya
Senarai Tema Hari Guru Dari Tahun 2000 Hingga Kini
Untuk panduan dan rujukan semua, berikut adalah senarai Tema Hari Guru dari tahun 2000 hingga tahun 2024 yang terkini:
- 2024 : Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
- 2023 : Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
- 2022: Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
- 2021: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
- 2020: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
- 2019: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
- 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- 2016/ 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
- 2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
- 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
- 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
- 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
- 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
- 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
Marilah kita meraikan Hari Guru tahun 2024 dan menghayati sama-sama Temanya iaitu “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”. Dari itu kita dapat membalas jasa guru yang telah berjasa dalam mendidik kita diri sendiri dan anak-anak bangsa kita kearah kejayaan.