Sistem Online
Login SPdPR KPM & Panduan Pendaftaran Kelas PdPR
Dalam mendepani cabaran akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia secara amnya dan negara secara khususnya, pelbagai norma baharu yang diperkenalkan. Antara norma yang perlu dilalui oleh para pelajar dan guru-guru adalah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan sebuah sistem untuk memudahkan guru dalam urusan pelaporan secara online. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan Login SPdPR KPM : Cara Daftar Kelas, Pengisian & Pelaporan sebagai panduan untuk semua.
Apakah fungsi SPdPR yang disediakan oleh KPM? Untuk makluman, sistem ini adalah satu sistem pengurusan bagi guru untuk melaporkan pelaksanaan PdPR secara atas talian. Ia membantu guru untuk mengumpulkan maklumat berkaitan pelaksanaan PdPR, pemantauan serta laporan untuk rujukan peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM.
Baca juga : Panduan Buat Ibu Bapa Dalam Membendung Masalah Sosial
Isi Kandungan
SPdPR KPM : Cara Login Dan Panduan Pendaftaran Kelas PDPR
Sistem pelaporan pengajaran dan pembelajaran di rumah spdpr merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan pdpr secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan pdpr pemantauan pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah ppd jpn dan kpm
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan semua guru.
Login SPdPR
Sistem ini boleh diakses menggunakan peranti desktop, komputer riba, telefon bimbit dan tablet atau sebarang pelayar sesawang seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge dan Safari. Penolong Kanan Pentadbiran dikehendaki mendaftar masuk ke SPdPR dan mendaftara semua kelas di sekolah sebelum guru boleh membuat pengisian laporan PdPR.
Langkah-langkah untuk log masuk ke SPdPR adalah seperti berikut:
- Layari laman SPdPR mengikut negeri di pautan yang dikongsikan di bawah.
- Masukkan ID Pengguna (nombor kad pengenalan tanpa tanda sempang)
- Masukkan kata laluan (6 digit terakhir nombor kad pengenalan)
- Kemudian isi kod keselamatan sama seperti yang dipaparkan
- Klik “Masuk”
- Pengguna seterusnya dikehendaki untuk menukar kata laluan atau password yang sesuai dan mudah untuk diingat oleh pengguna.
- Di Menu Utama, klik pada “Sistem Pelaporan PDPR”
- Masukkan ID DELIMA dengan tepat dan klik butang kemaskini
Cara Daftar Kelas
Untuk mendaftar kelas, anda perlu :
- Klik pada menu “Daftar Kelas”
- Nama kelas mesti bermula dengan angka (Contoh: 1 Bestari)
- Bilangan murid berdasarkan APDM
- Bagi kelas yang digabungkan, nama kelas perlu digabungkan (Contoh: 1 Bestari Bijak Cerdik)
- Bilangan murid pula adalah jumlah bagi ketiga-tiga kelas berdasarkan APDM
- Klik “Simpan”
Nota : Pendaftaran kelas hanya perlu dilakukan sekali sahaja oleh Penolong Kanan Pentadbiran atau guru yang melaksanakan kelas gabungan. Nama kelas yang berjaya disimpan akan dipaparkan dan perubahan boleh dibuat pada rekod kelas yang didaftarkan. Carian nama kelas juga dapat dibuat dengan mudah melalui fungsi “Search”
Cara Pengisian & Pelaporan SPdPR
Bagi mengisi pelaporan PdPR secara harian:
- Klik pada butang “Pelaporan PdPR Harian”
- Isi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat
- Klik “Simpan”
- Satu paparan akan keluar sekiranya maklumat yang dimasukkan berjaya disimpan dan klik butang “OK”
Setiap laporan PdPR yang dibuat boleh disemak semula dengan cara berikut:
- Klik pada butang “Laporan”
- Kemudian klik “Pengisian PdPR” dan pilih tarikh laporan yang ingin disemak
- Klik “Papar” untuk melihat laporan lengkap. Anda boleh mengemaskini laporan tersebut dengan menekan butang “edit” atau tekan butan “padam” untuk menghapuskan laporan.
Pautan SPdPR Mengikut Negeri
Berikut adalah pautan Sistem Pelaporan PdPR mengikut negeri-negeri:
- Johor : spjohor.moe.gov.my
- Negeri Sembilan : spn9.moe.gov.my
- Pulau Pinang : sppenang.moe.gov.my
- Terengganu : appsterengganu.moe.gov.my
- Negeri-negeri lain akan dikemaskini sebaik sahaja dilancarkan
Maklumat Lanjut
Jika anda menghadapi masalah berkaitan Login SPdPR KPM : Cara Daftar Kelas, Pengisian & Pelaporan, sila berhubung dengan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Related : pelaporan pengajaran dan pembelajaran, rumah spdpr merupakan satu, pendidikan malaysia telah membangunkan, aplikasi pengurusan pelaporan pdpr, satu aplikasi pengurusan pelaporan, membangunkan satu sistem pelaporan, talian yang dibangunkan, malaysia telah membangunkan satu, pembelajaran di rumah spdpr, spdpr merupakan satu aplikasi satu sistem pelaporan pdpr dibangunkan bagi mengumpul maklumat pengurusan pelaporan pdpr secara kegunaan guru guru malaysia standard bagi kegunaan guru mengumpul maklumat pelaksanaan pdpr sistem pelaporan pengajaran pdpr secara dalam talian negara kementerian pendidikan malaysia sistem pelaporan pdpr standard