Guru
Semakan UKCG 2024 Online (Ujian Kelayakan Calon Guru PISMP)
Makluman penting kepada calon-calon yang memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Bagaimanakah cara untuk menyemak kelayakan dan keputusan UKCG bagi ambilan tahun 2024? Berikut dikongsikan Semakan UKCG 2023 Online (Ujian Kelayakan Calon Guru) sebagai panduan buat kepada calon-calon yang telah membuat permohonan.
Bagi melayakkan diri ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan permohonan guru interim, calon dikehendaki menjalani beberapa ujian dan temu duga. UKCG adalah pentaksiran yang dilakukan untuk menapis permohonan kemasukan ke IPG. Sekiranya calon melepasi UKCG, anda akan layak ke peringkat tapisan yang seterusnya iaitu, panggilan temu duga dan ujian kelayakan fizikal (tidak diadakan tahun ini dan digantikan dengan penghantaran Video Pengenalan Diri dan Demonstrasi Pengajaran).
Isi Kandungan
Semakan UKCG 2024 Online Nama Layak Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru eUKCG
Maklumat yang dikongsikan adalah berkaitan tarikh-tarikh penting UKCG, cara membuat semakan UKCG secara online dan maklumat lanjut untuk panduan semua.
Terkini: Bagi tahun 2024, calon yang telah layak diwajibkan untuk mengambil UKCG secara online serta menyediakan rakaman video pengajaran dan dihantar ke eUKCG melalui portal rasmi PISMP.
Baca juga: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP Online
Tarikh Penting UKCG
Di bawah adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara khusus dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) secara amnya. Calon-calon dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan tarikh-tarikh berikut:
14 Mac hingga 15 April 2024 | Permohonan secara atas talian dibuka dan ditutup | ||
15 – 19 & 22 – 26 April 2024 | Pelaksanaa e-UKCG | ||
3 – 9 Jun 2024 | Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP | ||
– | Permohonan ambilan kedua | ||
– | e-UKCG ambilan kedua | ||
13 Jun 2024 | Keputusan kelayakan eUKCG, Semakan calon layak temu duga serta penyediaan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) (Tarikh muat naik VKF dan kemaskini Link) | ||
1 – 5 & 8 – 12 Julai 2024 | Temuduga secara bersemuka dan Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) | ||
24 Julai 2024 (Lepasan SPM) 13 Ogos 2024 (Lepasan STPM, STAM, Matrik) | Keputusan Calon berjaya ditawar | ||
– | Pendaftaran Pelajar Ke IPG Kampus (Portal PISMP) | ||
Tarikh Semakan yang dinyatakan adalah seperti tarikh yang dipaparkan di kalendar aktiviti IPG 2024 |
Keputusan Calon Layak Dipanggil eUKCG
Calon yang telah memohon boleh membuat semakan pada tarikh yang telah dinyatakan di atas pada aplikasi berikut:
Aplikasi Semakan Keputusan UKCG | |||
Portal PISMP | |||
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk melakukan semakan: | |||
1. Isi nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan | |||
2. Tekan butang Hantar | |||
3. Status anda akan dipaparkan |
Proses Pemilihan Dan Pendaftaran IPG
KPM telah menetapkan kriteria serta syarat kelayakan dan akan menapis setiap permohonan calon melalui kaedah berikut:
1) Ujian Betulis Secara Online
- Calon diwajibkan untuk menjawab ujian secara online yang terdiri daripada bahagian A dan bahagian B dalam tempoh masa 45 minit.
- Calon juga hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam tempoh yang ditetapkan.
2) Penghantaran Video Pengajaran
- Calon dikehendaki untuk menghasilkan satu video pengajaran yang berdurasi 6 hingga 8 minit.
- Video berkenaan pengenalan diri, penyataan hasrat dan sesi demonstrasi pengajaran serta bercerita perlu dimuatnaik ke Youtube.
- Link atau URL video tersebut perlu dihantar ke portal PISMP.
- Hanya calon yang berjaya dipanggil saringan eUKCGakan dimaklumkan panduan dan syarat penyediaan video pengajaran.
3) Pemilihan Calon Guru
Sebagai makluman, calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada:
- Keputusan UKCG
- Prestasi semasa sesi demonstrasi pengajaran dan skor merit
- Perakuan panel iaitu kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penaja KPM
4) Pendaftaran Kemasukan Ke IPG
- Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan dan ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh KPM adalah pada tarikh 6/7 Ogos 2023
Maklumat Lanjut
Untuk makluman, calon yang telah menghadiri UKCG/temu duga tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran dianggap tidak berjaya. IPG KPM, tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.
Selain itu, calon dinasihatkan untuk menyemak status permohonan anda dari semasa ke semasa bagi status semakan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.
Perjanjian Pendidikan Guru: Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon perlu setuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan peddalaman setelah tamat pengajian.
Nota: Perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon masing-masing.
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh rujuk pautan di bawah:
- Soalan Lazim UKCG
- emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my
- No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
- (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
Diharapkan perkongsian berkaitan Semakan UKCG 2024 Online (Ujian Kelayakan Calon Guru) dapat memberi manfaat kepada anda. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada calon yang berjaya dalam permohonan.