BPKP
Semakan Keputusan IPG 2025 Online Calon Guru PISMP Lulusan SPM

Perhatian kepada calon-calon yang telah membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ke Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2025. Bilakah tarikh bagi membuat semakan keputusan tawaran kemasukan ke IPG? Berikut dikongsikan maklumat berkenaan Semakan IPG 2025 Keputusan Tawaran Kemasukan ke Program PISMP buat panduan untuk semua.
Sebagai makluman, pemohon perlu melalui beberapa peringkat ujian sebelum melayakkan diri untuk kemasukan ke IPG. Antaranya adalah Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang dibuat secara online dan rakaman video demonstrasi pengajaran untuk dihantar ke portal PISMP. Keputusan tawaran boleh disemak sekitar Jun ini di laman sesawang PISMP.
Isi Kandungan
Semakan IPG 2025 Semak Tawaran Kemasukan Ke IPG (PISMP)
Di bawah adalah perkongsian berkaitan tarikh dan cara melakukan Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan PISMP melalui aplikasi UPUOnline untuk rujukan semua.
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan IPG
Berikut adalah tarikh rasmi seperti yang dinyatakan dalam kalendar aktiviti rasmi PISMP:
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PISMP | |||
Tarikh Buka | 19 Jun 2025 (Lepasan SPM) 28 Julai 2025 (Lepasan STPM, STAM, Matrik) | ||
Tarikh Tutup | akan dikemaskini |
TARIKH-TARIKH PENTING PISMP | |||
Di bawah dikongsikan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan ke IPG: | |||
Aktiviti | Tarikh | ||
1. Permohonan secara atas talian dibuka dan ditutup | 23 Februari 2025 | ||
2. Semakan Layak & Pelaksanaan e-UKCG | 19 Mac/ 24 – 28 Mac/ 7 – 11 April | ||
3. Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP | 5 – 7 Mei 2025 | ||
4. Permohonan baru ambilan kedua | – | ||
5. e-UKCG ambilan kedua | – | ||
6. Keputusan kelayakan eUKCG, Semakan calon layak temu duga serta Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) | 14 Mei 2025 | ||
7. Temuduga secara bersemuka dan Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (VKF) | 19 – 23 Mei 2025 26 – 30 Mei 2025 3 – 4 Jun 2025 | ||
8. Keputusan tawaran pengajian ke IPG | 19 Jun 2025 (Lepasan SPM) 28 Julai 2025 (Lepasan STPM, STAM, Matrik) | ||
9. Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru (IPG) | 11 Ogos 2025 |
Aplikasi Semakan Keputusan IPG
Untuk melakukan semakan keputusan tawaran PISMP dan kemasukan ke IPG, ia boleh dibuat melalui aplikasi PISMP seperti di bawah:
Pautan Aplikasi Semakan Ke IPG | |||
Portal PISMP |
Nota: Bagi calon yang telah menduduki UKCG dan menghantar video pengajaran tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Pihak IPG dan KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.
Pertanyaan Lanjut
Jika anda menghadapi masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan semakan tawaran kemasukan ke IPG, sila hubungi:
- (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2 500, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR - No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
- emel : uppp.ipgm@gmail.com/ uppp@ipgm.edu.my
Diharapkan perkongsian berkaitan Semakan IPG 2025 Keputusan Tawaran Kemasukan PISMP dapat membantu pemohon-pemohon. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya mendapatkan tempat dan menjadi calon guru di IPG.
Related : semakan panggilan temuduga, rasmi boleh didapati selepas, surat tawaran rasmi, ditetapkan oleh kementerian pendidikan, tawaran rasmi boleh didapati, calon perlu, peringkat tapisan, layak untuk, maktab perguruan, semakan ukcg, secara atas talian online, didapati selepas melapor, no kad pengenalan,