Informasi

Niat Puasa Bulan Rejab Dan Tarikh

Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Selepas bulan Rejab, ianya akan diikuti oleh Bulan Syaaban dan kemudiannya bulan Ramadhan. Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam. Berikut dikongsikan tarikh berpuasa dan niat puasa Bulan Rejab buat panduan semua. 1 Rejab 1446H akan jatuh pada hari Rabu, 1 Januari 2025.

Rejab adalah salah satu bulan yang termasuk dalam bulan-bulan haram dalam Islam. Kerana pada bulan ini antaranya diharamkan peperangan. Bulan Rejab. Kemuliaan Rejab adalah dengan malam Israk Mikraj, Sya’ban dengan malam Nisfyu Syaaban dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

Tarikh 1 Rejab Dan Niat Puasa Bulan Rejab

Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini terdapat Peristiwa Israk dan Mikraj. Oleh itu, agama Islam menuntut umatnya untuk menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan ibadat.

Selain peristiwa di atas, diantara peristiwa penting lain dalam bulan ini adalah kelahiran dan kematian Imam Syafie, Hijrah Pertama ke Habsyah, Perang Tabuk, Kejatuhan Khilafah Uthmaniah dan Pembebasan Kedua Baitulmaqdis.

Diantara kelebihan bulan Rejab adalah :-

-Ianya adalah bulan Allah SWT

-Ianya adalah bulan untuk bertanam dengan amal soleh agar Allah SWT merahmati kita

-Bulan Istighfar kerana dengan Istighfar ia akan menyelamatkan kita dari api neraka

Lafaz Niat Puasa Rejab

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan puasa Rejab termasuk tarikh dan niat puasa Rejab buat panduan semua.

  • Tarikh : 1 Rejab 1446H bersamaan dengan hari Rabu, 1 Januari 2025
  • Berdasarkan kepada tarikh yang dikeluarkan oleh JAKIM

Niat

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Ghodin Fii Syahri Rajabi Sunnatan Lillahi Taala

“Sahaja Aku Berpuasa Sunat Esok Hari Dalam Bulan Rejab Kerana Allah Taala”

Doa Bulan Rejab

doa bulan rejab Niat Puasa Bulan Rejab Dan Tarikh

Amalan Di Bulan Rejab

Menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan Rejab dengan pelbagai amalan seperti puasa bulan Rejab. Namun, tiada amalan khas yang mesti dilakukan oleh umat Islam pada bulan Rejab. Bagaimanapun, kita disarankan untuk memperbanyakkan ibadah yang bertepatan dengan syariat dan sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Jika tidak, amalan tersebut akan sia-sia dan tidak diterima ALLAH SWT.

Sesetengah umat Islam akan berpuasa pada Rejab sepenuhnya atau sebahagiannya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan yang khusus.

Sebenarnya, tidak ada satu pun hadis sahih yang menjelaskan tentang kekhususan bulan-bulan haram dengan berpuasa sunat. Kalau pun ada, hadis itu adalah dhaif dan palsu. Demikian pula, tidak ada dalil yang sahih perihal puasa khusus pada bulan Rejab, atau yang menunjukkan keutamaan tertentu jika berpuasa di dalamnya.

Hadis Palsu

“Semua hadis yang menyebutkan keistimewaan berpuasa pada bulan Rejab adalah dhaif bahkan palsu. Tidak ada satu pun hadis yang boleh dijadikan sandaran bagi para ulama.”

Yang ada cuma ia bulan haram dan digalakkan berpuasa pada bulan haram. Namun puasa itu boleh dilakukan bila-bila sahaja dalam bulan Rejab. Tidak ditentukan hari-hari tertentu. Demikian yang disebut oleh Ibn Hajar al-Asqalani.

” لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة “

Maksudnya: Tidak ada hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, begitu juga (tidak ada riwayat) tetang berpuasa padanya, dan berpuasa mana-mana hari daripadanya secara khusus, begitu juga tentang menghidupkan malam tertentu padanya.

Namun, Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berpuasa sunat selain puasa di bulan Ramadan. Oleh itu, syariat sudah menetapkan puasa-puasa seperti puasa enam hari dalam Syawal, puasa Muharam, puasa hari-hari Putih, Puasa Hari Arafah 9 Dzulhijjah, puasa Hari Asyura 10 Muharam, puasa Isnin dan Khamis, puasa Nabi Daud AS.

Sebagai umat Islam yang cintakan Rasulullah SAW dan ingin mendapatkan reda ALLAH SWT dalam beribadah, beribadahlah seperti mana yang telah Rasulullah SAW ajarkan dan tinggalkan apa yang tidak pernah diamalkan.

Facebook Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith dan Sumber

Isu Puasa Israk Mikraj

Israk Mikraj pada tahun 2025 akan jatuh pada hari Isnin, 27 Januari 2024 bersamaan dengan 27 Rejab 1446H. Berikut dikongsikan jawapan daripada Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) di Twitter rasmi beliau berkaitan puasa Israk Mikraj :-

Ramai yg bertanya isu puasa sunat Isra’ Mi’raj. Puasa 27 Rejab tidak dianggap termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau hari Khamis

puasa-sunat-israk-mikraj

Semoga perkongsian di atas bermanfaat buat semua. Adalah diingatkan mereka yang masih belum habis melunaskan hutang puasa, cepat-cepatlah berbuat demikian. Selamat berpuasa.

Ref : maksud ya Allah berkatkanlah kami pada bulan rejab dan syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan ramadan,