Sekolah
Permohonan SBP Tingkatan 1 & 4 2025 Online
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2025 Tingkatan 1 & 4. Perhatian buat semua pelajar darjah 6 sekolah rendah. Berdasarkan info yang diperoleh dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Permohonan SBP Tingkatan 1 ambilan 2025 akan dibuka bermula 1 Ogos 2024. Berikut dikongsikan panduan kepada anda untuk membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2025 Tingkatan 1 secara online (Sekolah Berasrama Penuh). Juga dikongsikan maklumat permohonan SBP Tingkatan 4 2025.
Alternatif lain buat pelajar lepasan UPSR, Tingkatan Tiga juga ialah Maktab Rendah Sains MARA. Para pelajar yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke MRSM. Permohonan ini akan ditutup pada 8 September 2024. Pastinya peluang-peluang ini di ambil kerana SBP dan MRSM merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia. Dengan sistem pembelajaran yang tidak hanya fokus kepada akademik malahan kokurikulum. Pastinya ia menjadi pilihan buat ramai pelajar untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 kerana sistemnya yang terancang dan terkawal.
- Nota : Bermula ambilan 2018, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) telah diperkenalkan sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP. Tahun 2021 PKSK akan diperkenalkan pula.
Isi Kandungan
- Tarikh Rasmi Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan Cara Memohon
- Tarikh Penting
- Aplikasi Permohonan https://spskt1.moe.gov.my/ Tingkatan 1 2025 Online
- Syarat Pemilihan Tingkatan Satu (1) SBP 2025
- Pakej Aliran Mata Pelajaran Di SBP
- Tarikh Rasmi Permohonan SBP Tingkatan 4 2025 Dan Cara Memohon
- Tarikh Penting Permohonan SBP Tingkatan 4 Secara Atas Talian
- Aplikasi Permohonan SBP Tingkatan 4 2025 Online
- Syarat Pemilihan Tingkatan 4 SBP 2025
- Aliran Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Di SBP
Tarikh Rasmi Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan Cara Memohon
Berikut merupakan informasi penting mengenai Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2025. Maklumat-maklumat ini dikategorikan mengikut tarikh penting, aplikasi permohonan dan syarat permohonan.
Menurut kenyataan KPM, satu kaedah pentaksiran berpusat akan dilaksanakan bagi kemasukan ke Sekolah Khusus KPM seperti SBP, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sekolah agama bantuan kerajaan, SMT, KV dan MTD. Semua pemohon diwajibkan menduduki pentaksiran yang dibuat secara dalam talian dan secara bertulis di 555 pusat pentaksiran di sekolah agama kerajaan atau yang ditetapkan oleh KPM. Maklumat lanjut berkenaan pentaksiran atau ujian saringan yang dilaksanakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tarikh Penting
- 1 Ogos 2024 : Tarikh Buka
- 8 September 2024: Tarikh Tutup
- 13 September hingga 17 Oktober 2024 : Check Pusat Pentaksiran dibuka pada tarikh tersebut
- 7 – 17 Oktober 2024: Pelaksanaan Pentaksiran
Sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan ini boleh di layari di laman web Portal Rasmi KPM.
Aplikasi Permohonan https://spskt1.moe.gov.my/ Tingkatan 1 2025 Online
- Klik Form 1 untuk membuat permohonan
- Tidak dijalankan bagi ambilan 2023 : UKSBP – Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh merupakan langkah terkini bagi menyaring murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Maklumat Penting
- Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia
- Panduan Permohonan
- Maklumat Tingkatan 1
Syarat Pemilihan Tingkatan Satu (1) SBP 2025
Berikut dikongsikan syarat-syarat pemilihan pelajar darjah 6 untuk kemasukan Tingkatan 1 sesi 2025.
- Murid hendaklah warganegara Malaysia.
- Murid merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) dan berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM pada tahun 2024
- Murid mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM
- Hendaklah sihat tubuh badan
- Hendaklah aktif dalam kokurikulum
Pakej Aliran Mata Pelajaran Di SBP
Aliran matapelajaran yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut :-
- Tingkatan 1 – Pakej Aliran Matapelajaran yang ditawarkan murid Tingkatan 1 adalah aliran Sains, Agama dan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
Selain itu, pelajar tingkatan juga mempunyai alternatif lain selain SBP dengan memohon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Buat pengetahuan umum, sekolah-sekolah SBP dan MRSM adalah antara sekolah terbaik di Malaysia terdiri dari sekolah kluster dan sekolah premier. Tidak hairanlah sekolah-sekolah ini menjadi pilihan buat ramai pelajar dan ibu bapa untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
Tarikh Rasmi Permohonan SBP Tingkatan 4 2025 Dan Cara Memohon
Berikut merupakan informasi penting berkenaan application SBP Tingkatan 4 bagi tahun 2025 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Info-info penting seperti tarikh penting, aplikasi permohonan dan syarat permohonan adalah seperti berikut :-
Menurut KPM, pemohon Sekolah Khusus KPM seperti SBP perlu menduduki pentaksiran kemasukan pelajar berpusat. Pentaksiran akan melibatkan ujian dalam talian serta secara bertulis di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan. Maklumat berhubung pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tarikh Penting Permohonan SBP Tingkatan 4 Secara Atas Talian
- 1 Ogos 2024 : Tarikh Buka
- 8 September 2024 : Tarikh Tutup
- 13 September hingga 3 Oktober 2024 : Check Pusat Pentaksiran
- 23 September hingga 3 Oktober 2024 : Pelaksanaan Pentaksiran
Sebarang keterangan lanjut berkaitan SBP terkini boleh didapati dengan melayari laman web KPM di Portal Rasmi KPM.
Aplikasi Permohonan SBP Tingkatan 4 2025 Online
- Sila klik Form 4 untuk memohon
- Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia
- Maklumat SBP Tingkatan 4
Syarat Pemilihan Tingkatan 4 SBP 2025
Berikut adalah syarat pemilihan pelajar untuk kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh bagi tahun 2025:
- Warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM pada tahun 2024.
- Calon hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM.
- Hendaklah sihat tubuh badan.
- Aktif dalama penglibatan kokurikulum.
Aliran Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Di SBP
Aliran matapelajaran yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut :-
- Tingkatan 4 – Menawarkan 4 pakej aliran matapelajaran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama Ikhtisas dan Tahfiz-Sains (TMUA)
Semoga para pelajar yang berminat berjaya membuat Permohonan. Diharap agar para pelajar dan ibu bapa mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting ambilan SBP Tingkatan 1 & 4 2025. Semoga panduan sistem permohonan ini dapat membantu anda mencapai impian untuk memasuki antara sekolah-sekolah terbaik di Malaysia serta murid yang berjaya.
Related : 2021 secara online, permohonan dibuka, kerajaan atau sekolah bantuan, sbp tingkatan 1 2021, tingkatan 3 murid tahun 6 sbp 2020 keputusan upsr, untuk mendapatkan, keputusan pt3, permohonan secara, tarikh penting permohonan sbp tingkatan 4 2024 online sekolah berasrama penuh sbp 2024 tingkatan 4, ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh sbp 2024 tingkatan 4, bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh dan sekolah kecemerlangan bpsbpsk,