Sekolah

Permohonan KV Kolej Vokasional & SMT 2025 Dan Rayuan

Permohonan Kemasukan KV 2025 Dan SMT Online. Perhatian kepada pelajar lepasan Tingkatan 3, adakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran? Di sini ada berita baik buat Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2024. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan kemasukan KV Kolej Vokasional 2025 Dan SMT secara Online.

Pelajar yang berminat dan berkelayakan adalah dijemput untuk memohon mana-mana program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang ditawarkan bagi Ambilan Mac 2025 seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

  1. Senarai SMT dan kursus yang ditawarkan klik Sekolah Menengah Teknik
  2. Senarai KV dan kursus ditawarkan sila klik Kolej Vokasional

Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Ambilan 2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan kolej vokasional kv & SMT 2025 secara Online seperti tarikh penting dan cara untuk membuat permohonan.

Untuk makluman, Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2024 digalakkan untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan 2025 seperti berikut :-

  • Tarikh Buka : 1 Ogos 2024
  • Tarikh Tutup : 8 September 2024
  • Semakan Dan Tarikh Keputusan PT3 

1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)

  • Di Kolej Vokasional KPM

2. Aliran Teknikal

  • Di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

3. Program Kemahiran

di :-

  1. Kolej Vokasional KPM
  2. Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
  3. GIATMARA

Cara Membuat Permohonan KV dan SMT 2025 Secara Online

Jika ada pemohon yang berminat dan berkelayakan perlu mengaksesborang permohonan online melalui Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2025 :

Klik sistem permohonan https://spskt4.moe.gov.my/

Selepas membuat permohonan, calon-calon dikehendaki menduduki pentaksiran berpusat bagi kemasukan ke sekolah bantuan kerajaan, KV dan SMT. Pentaksiran merangkumi ujian kecerdasan insaniah dan kecerdasan intelektual secara dalam talian serta ujian artikulasi penulisan secara bertulis di pusat pentaksiran. Berikut adalah tarikh berkaitan pentaksiran yang akan dilaksanakan:

  • Semakan Pusat Pentaksiran: 13 September – 3 Oktober 2024
  • Pelaksanaan Pentaksiran: 23 September – 3 Oktober 2024

Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Permohonan KV & SMT hendaklah dibuat berdasarkan kepada Aliran Murid Tingkatan 3 2025 seperti berikut:-

A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :

  1. Pentaksiran Pusat (PT3)
  2. Pentaksiran Sekolah (PS)
  3. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

B. Murid Lepasan PAV

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan Pendidikan Asas Vokasional PAV.

C. Murid Yang Bersekoah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM

Syarat Umum Permohonan KV Dan SMT 2025

Berikut adalah syarat umum permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2025 :-

  1. KV
    1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
    2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM (Tingkatan 3) pada tahun 2024;
    3. Calon mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
    4. Calon menduduki Pentaksiran Kemasukan SK KPM (PKSK)
    5. Calon mengambil Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
    6. Calon sihat tubuh badan ;
    7. Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali ;
    8. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA ;
    9. Calon berminat dengan program dipohon
  2. SMT
    1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
    2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM (Tingkatan 3) pada tahun 2024;
    3. Calon mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
    4. Calon menduduki Pentaksiran Kemasukan SK KPM (PKSK)
    5. Calon mengambil Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
    6. Calon sihat tubuh badan ;
    7. Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali ;
    8. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA ;
    9. Calon berminat dengan program dipohon

Maklumat Lanjut Permohonan KV Dan SMT

Pemohon boleh merujuk kepada maklumat/ informasi di bawah ini untuk sebarang masalah atau pertanyaan :-

  1. Panduan Permohonan

Cara Membuat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

Perhatian kepada pemohon yang gagal dalam mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2025, anda masih berpeluang untuk memasuki KV dan SMT yang diminati.  Menurut Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pemohon yang tidak berjaya dalam ambilan pertama dan pelajar tingkatan 3 yang yang terlepas tarikh permohonan boleh membuat permohonan rayuan secara walk-in atau hadirkan diri ke mana-mana institusi yang dipohon berdasarkan aliran.

Permohonan rayuan ini adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah sesi pendaftaran pelajar yang menerima tawaran kemasukan KV dan SMT selesai. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid untuk berjaya dalam permohonan rayuan kemasukan ke KV dan SMT ini. Pemohon juga perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk dibawa ketika sesi rayuan ini.

Berikut dikongsikan maklumat penting rayuan KV dan SMT 2025 merangkumi tarikh buka dan tutup serta cara melakukan permohonan rayuan kemasukan ke KV dan SMT:

Tarikh Permohonan Rayuan KV Dan SMT 2025

Berikut merupakan tempoh rayuan yang diberikan kepada pemohon yang gagal dalam permohonan ambilan pertama dan pelajar yang tidak membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

Tarikh Rayuan  (Walk In)
Aliran Perdana
Tarikh buka
Tarikh tutup
Aliran PAV
Tarikh buka
Tarikh tutup

Langkah Membuat Rayuan KV Dan SMT 2025

Maklumat rayuan bagi ambilan 2025 akan dikemaskini, berikut adalah maklumat ambilan lepas sebagai panduan. Permohonan rayuan bagi tahun 2023 boleh dibuat melalui aplikasi permohonan dan semakan. Tarikh rayuan dibuka bermula 17 Mac 2023. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai 20 April 2023.

Sebagai rujukan berikut adalah langkah bagi ambilan tahun 2020. Pemohon perlu hadir ke institusi yang ingin dipohon dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan membawa dokumen penting seperti berikut:

  1. Borang rayuan (walk-in) – di si di pejabat sekolah tempat membuat rayuan
  2. Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan
  3. Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2019 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  4. Surat rayuan kemasukan KV/SMT – Jika perlu

Pemohon juga digalakkan untuk membawa salinan keputusan dan sijil-sijil berkaitan bagi memudahkan proses rayuan.

Maklumat Lanjut Rayuan KV Dan SMT

Permohonan yang berjaya oleh pemohon dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi pengajian yang berkenaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) di :

  • Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 6, Blok E14, Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
  • Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

Selamat maju jaya kepada pemohon KV Kolej Vokasional 2025 Dan SMT Online. Diharapkan permohonan anda berjaya seterusnya anda mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang dihajati.
Related : disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang kpm bagi mendapatkan info terkini
umum permohonan kv dan smt 2024 secara online, borang permohonan online tingkatan 3 tahun 2020, laman sesawang kpm, kemaskini aplikasi pangkalan data murid apdm
umum permohonan kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan
menduduki pentaksiran berasaskan sekolah
disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama
untuk memohon mana mana program vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan
senarai smt dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
berikut merupakan program yang ditawarkan
artikulasi penulisan 10 secara bertulis
membuat permohonan kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik smt ambilan
hadir terus atau penyakit penyakit yang mengehadkan membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
pelajar tingkatan tiga 3 tahun 2023