Biasiswa
Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP 2024 Online
Berita baik buat pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di universiti-universiti awam seluruh Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka tawaran kepada pelajar yang berkelayakan untuk menerima pembiayaan biasiswa sepanjang tempoh pengajian. Berikut dikongsikan Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP 2024 Online untuk panduan semua.
Permohonan yang perlu dibuat secara online sepenuhnya ini adalah khusus untuk bakal guru yang mendapat pencapaian yang cemerlang di universiti awam. Selain itu, program ini diharap dapat melonjakkan motivasi bakal-bakal guru yang berpotensi besar untuk kekal cemerlang sekaligus dapat menampung keperluan sekolah di seluruh negara dengan guru yang inovatif dan terbaik.
Baca juga: Permohonan Bantuan Kewangan KPM Untuk Pelajar B40 & M40
Isi Kandungan
Permohonan ISMP 2024 Online Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Di bawah adalah maklumat penting seperti tarikh permohonan, cara memohon, syarat-syarat kelayakan dan bidang yang ditawarkan dalam program Ijazah Sarjana Muda pendidikan ISMP 2024 untuk rujukan semua.
Tarikh Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Kepada pelajar yang berminat, anda hendaklah membuat permohonan dalam tempoh tarikh yang ditetapkan seperti di bawah:
Permohonan Biasiswa ISMP Dibuka Pada | |||
Tarikh Buka | 21 Mac 2024 | ||
Tarikh Tutup | 25 April 2024 |
Cara Memohon Biasiswa ISMP
Berikut adalah pautan kepada aplikasi permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP):
Borang Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan | |||
Sistem Permohonan Biasiswa ISMP | |||
Cara Membuat Permohonan | |||
Untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan, pemohon boleh merujuk panduan penuh permohonan yang disediakan oleh KPM: | |||
Nota: | |||
1. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka | |||
2. Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak. | |||
3. Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih. | |||
4. Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang. |
Syarat-Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa ISMP
Sila pastikan pemohon mematuhi syarat-syarat kelayakan permohonan Biasiswa ISMP seperti di bawah:
Syarat-Syarat Kelayakan Biasiswa ISMP | |||
1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia. | |||
2. Umur pemohon tidak melebihi 25 Tahun pada 1 Januari 2024. | |||
3. Pemohon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. | |||
4. Pemohon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon. | |||
5. Bagi permohonan Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) atau minimum Band C1 bagi keputusan ujian merujuk kepada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). | |||
6. Bagi permohonan Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, pemohon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon. | |||
7. Biasiswa hanya akan ditawarkan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam bidang kursus major sahaja kecuali bagi calon yang mengikuti kursus minor bagi bidang Teknologi Automotif dan Kimpalan | |||
8. Bagi calon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada) | |||
9. Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) dan menghadiri sesi temu duga. | |||
10. Pemohon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada. | |||
11. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon. |
Berikut adalah pautan kepada syarat-syarat permohonan yang disediakan oleh KPM untuk panduan semua:
Makluman kepada mereka yang berminat untuk memohon, dibawah adalah senarai bidang yang ditawarkan:
Bidang Yang Ditawarkan | |||
1. Bahasa Melayu | 8. Pendidikan Khas | ||
2. Bahasa Inggeris | 9. Dini | ||
3. Bahasa Cina | 10. Bahasa Tamil | ||
4. Sejarah | 11. Teknologi Elektrik dan Elektronik | ||
5. Geografi | 12. Teknologi Automotif | ||
6. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | 13. Reka Bentuk dan Teknologi | ||
7. Seni Visual | 14. Bidang lain boleh dirujuk pada iklan permohonan di bawah |
Maklumat Lanjut
Jika anda menghadapi sebarang masalah mengenai permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), sila hubungi:
- Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya. - No. Telefon : 03-8888 1616 (Hotline)
- E-mel : penawaran.bb@moe.gov.my
- Pertanyaan/masalah teknikal borang permohonan:
E-mel :tm.bbp@moe.gov.my
(mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah teknikal borang permohonan yang dihadapi)
Semoga perkongsian mengenai Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ISMP 2024 Online membantu pelajar yang berminat. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya dalam permohonan di atas.