Informasi

Permohonan Diploma in Occupational Safety And Health (DOSH) 2020 Online

Berita baik kepada pelajar lepasan SPM/ STPM dan yang setaraf dengannya. Adakah anda berminat untuk bekerja dalam bidang berkaitan minyak dan gas? Ranaco Education & Training Institute (RETI) yang terletak di Kemaman, Terengganu telah membuka tawaran untuk permohonan program diploma yang khusus kepada kemahiran  industri minyak dan gas. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang ditawarkan RETI untuk panduan semua.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berilmu dan kompeten dalam bidang pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Program ini juga telah mendapat perakuan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian adalah pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja, penyelia kesihatan dan keselamatan pekerja dan pelbagai lagi.

Permohonan Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) 2020 Online

Berikut akan dikongsikan maklumat penting seperti syarat-syarat kelayakan, cara memohon dan semakan keputusan Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (RETI) 2020.

Cara Mendaftar Permohonan DOSH Diploma in Occupational Safety And Health 2020 Online

Pendaftaran permohonan dibuka bagi sesi Februari 2020. Berikut adalah pautan kepada sistem pendaftaran permohonan Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan:

APLIKASI PENDAFTARAN PERMOHONAN ONLINE

Sistem Pendaftaran RETI

Untuk permohonan secara manual, pemohon perlu menghantar salinan keputusan SPM melalui faks, pos atau hadirkan diri ke:

  • Bahagian Kemasukan Pelajar,
    Ranaco Education & Training Institute
    No PO. Box 63, Bandar Baru Kijal,
    24100 Kemaman,
    Terengganu Darul Iman,
    Malaysia.
    Tel. +609-859 3800
    Faks. +609-859 3805

Panduan Permohonan Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (RETI) 2020 Online

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh pemohon dalam membuat permohonan secara online:

Panduan Permohonan

1. Sila pastikan anda mempunyai keputusan SPM dan nombor telefon yang boleh dihubungi sebelum mengisi borang permohonan secara Online.
2. Masukkan pilihan program yang dikehendaki pada borang permohonan online. Pemohon dibenarkan memilih sehingga 2 pilihan kursus program.
3. Masukkan Maklumat Peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. Telefon dan Alamat terkini untuk proses penghantaran surat tawaran.
4. Masukkan Maklumat Peperiksaan SPM mengikut format yang telah ditetapkan di dalam borang permohonan
5. Periksa dan pastikan sebarang maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan benar. Tawaran kursus secara bersyarat adalah bergantung kepada maklumat yang telah pemohon masukkan. Sekiranya pemohon telah pasti dengan maklumat yang telah ditetapkan, sila tekan butang “SUBMIT”.
6. Segala maklumat yang dimasukkan adalah sulit dan rahsia.

Semakan Permohonan Program Diploma DOSH 2020 Online

Status permohonan akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dengan cara membuat semakan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon.

Sekiranya berjaya, pemohon boleh mencetak terus Surat Tawaran Bersyarat yang dipaparkan. Semakan keputusan permohonan boleh disemak melalui aplikasi semakan seperti berikut:

APLIKASI SEMAKAN PERMOHONAN ONLINE

Sistem Semakan RETI

Maklumat Lanjut

Bagi memastikan pemohon mendapat maklumat terkini berkenaan permohonan Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan RETI bagi ambilan Februari 2020, anda boleh layari

iklan permohonan diploma ovvupational safety and health reti Permohonan Diploma in Occupational Safety And Health (DOSH) 2020 Online

Semoga perkongsian panduan permohonan Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) memberikan manfaat kepada semua khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM. Selamat maju jaya diucapkan dalam melakukan permohonan dan semoga berjaya.