Sistem Online

Pendaftaran Calon Persendirian 2024 SPM & SPM Ulangan (SPMU)

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah peperiksaan awam yang utama di Malaysia di mana ia menentukan tahap pendidikan pelajar yang telah mengikuti pembelajaran kurikulum sekolah di seluruh Malaysia. SPM juga menjadi penanda aras dalam pengambilan kerja oleh para majikan yang memerlukan pekerja di peringkat rendah seperti pembantu pejabat ataupun kerani. Namun begitu, terdapat calon-calon yang menghadapi masalah untuk mengambil SPM di sekolah atas sebab-sebab tertentu. Berikut dikongsikan panduan pendaftaran calon persendirian SPM & SPMU 2024 Online untuk panduan semua dalam membuat pendaftaran.

Selain itu, KPM juga berhasrat untuk memberikan peluang kepada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan SPM tetapi tidak berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang memuaskan ataupun gagal. Untuk makluman, pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Sesi Jun hanya menawarkan maksima tiga kertas iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik dan dijangkakan akan berlangsung pada bulan Ogos 2024. Manakala sesi November pula menawarkan semua subjek SPM dan akan diadakan pada tarikh yang sama seperti SPM 2024.

BACA JUGA : Format Baharu Peperiksaan SPM 2021

Pendaftaran Calon Persendirian SPM & SPMU 2024 Secara Online

Berikut akan dikongsikan maklumat penting seperti tarikh dan cara berkenaan pendaftaran calon persendirian SPM dan juga SPMU bagi tahun 2024 secara online.

Tarikh Penting Pendaftaran SPMU/ SPM (Calon Persendirian)

Berikut adalah tarikh pendaftaran calon persendirian SPM dan peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) bagi tahun 2024 sebagai rujukan:

Tarikh Mula Dan Tutup Pendaftaran
Tarikh buka1 Mac 2024
Tarikh tutup31 Mac 2024 (SPMU) 7 Jun 2024 (SPM)
1) Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan dan sila layari Portal Rasmi KPM atau Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat pendaftaran yang rasmi dan tepat.
2) Bagi calon SPM 2023 yang ingin mengambil SPM Ulangan 2024, pendaftaran adalah dibuka bermula dari 15 Mei sehingga 7 Jun 2024
3) Bagi calon SPM yang ingin mendaftar sebagai calon persendirian bagi tahun 2024, tarikh tutup pendaftaran ditutup pada 7 Jun 2024

Cara Mendaftar Sebagai Calon Persendirian SPM & SPMU

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menyediakan Portal Online bagi calon persendirian melakukan pendaftaran dan juga semakan. Di bawah akan dikongsikan pautan kepada sistem portal online tersebut:

Langkah Daftar Calon Persendirian

1. Layari pautan seperti di atas dan tekan butang daftar

2. Masukkan butiran yang diperlukan seperti yang tertera kemudian tekan butang mohon

3. Sahkan maklumat yang diberikan dan tekan butang teruskan

4. Lengkapkan maklumat peribadi yang diminta dan tekan butang teruskan

5. Tandakan mata pelajaran yang ingin diambil kemudian tekan butang teruskan. Jumlah bayaran akan dipaparkan berdasarkan mata pelajaran yang diambil

6. Pilih pusat peperiksaan yang diinginkan kemudian tekan butang teruskan. Kekosongan berdasarkan kouta pusat peperiksaan tersebut

7. Pastikan maklumat yang diberikan adalah benar kemudian tandakan ruangan akur janji sebelum hantar permohonan

8. Pastikan anda mencetak dokumen senarai semak pendaftaran SPMU dan kenyataan semakan

Dokumen Yang Diperlukan

Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/ mengepos dokumen berikut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:

  1. Salinan Kenyataan Semakan;
  2. Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
  3. 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri

Kegagalan calon mengemukakan dokumen, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan. Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (http://lp.moe.gov.my)

Panduan Semak Status Pendaftaran SPM & SPMU

Kepada calon SPMU yang telah membuat permohonan pendaftaran, anda boleh menyemak status permohonan pendaftaran anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

Cara Semak Status Pendaftaran

1. Layari laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan)/ (SPM)”. Klik “Semak” untuk menyemak status pendaftaran sebagai calon SPMU.

2. Masukkan nombor kad pengenelan dan nombor permohonan (boleh diperolehi dalam borang Kenyataan Semakan), kemudian klik butang Semak

3. Status permohonan anda akan dipaparkan. Jika berjaya, pemohon diingatkan untuk mencetak borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dan bawa semasa hari peperiksaan. 

Pautan Online

Senarai Mata Pelajaran Yang Ditawarkan

berikut adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon persendirian SPM dan SPMU:

senarai-mata-pelajaran-peperiksaan-spm-dan-spmu-calon-persendirian

Peringatan Kepada Calon Persendirian SPM & SPMU

Perhatian kepada calon-calon persendirian bagi SPM dan SPMU, berikut adalah peringatan dalam melakukan pendaftaran bagi tahun 2024

  1. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan
  2. Permohonan hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/ SPM(V)/ SPVM/MCE/ SC/ FMC.
  3. Membuat permohonan pendaftaran SPMU di portal Permohonan Pendaftaran SPMU antara 27/05/2024 sehingga 07/06/2024
  4. Membuat permohonan pendaftaran SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPMU antara 01/03/2024 sehingga 07/06/2024
  5. Buat semakan permohonan pendaftaran SPMU di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPMU mulai 7 April 2024 manakala untuk SPM pula adalah dari tarikh 17 April 2024.
  6. Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama maklumat peribadi dan peralatan ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan
    • Untuk SPMU :
      • Permohonan pindah pusat peperiksaan antara 01/04/2024 sehingga 15/04/2024
      • Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan adalah di antara 08/06/2024 sehingga 14/06/2024
    • Untuk SPM :
      • Permohonan pindah pusat peperiksaan antara 01/04/2024 sehingga 20/04/2024
      • Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan adalah di antara 01/04/2024 sehingga 20/04/2024
  7. Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
  8. Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula

Jumlah Pembayaran Pendaftaran SPMU

Pembayaran hendaklah dibuat melalui kaedah perbankan elektronik.

PEPERIKSAANBAYARAN ASASMATA PELAJARANBAYARAN
SPMU Sesi SeptemberRM 20.00 Bahasa Melayu (1103)RM 12.00
 Matematik (1449)RM 10.50
Sejarah (1249) RM 10.50
SPM sesi Februari/MacRM 20.00 Bahasa Inggeris (1119)RM 20.50
 Bayaran mata pelajaran bertanda *RM 10.50
 Bayaran mata pelajaran bertanda **RM 12.00

Pendaftaran Calon Persendirian STAM & UPBA

Kepada pelajar yang ingin membuat permohonan sebagai calon persendirian STAM dan UPBA, sila buka pautan di bawah:

Maklumat Lanjut

Perhatian kepada pelajar yang ingin mendaftar sebagai calon persendirian SPM & SPMU,  berikut adalah beberapa peringatan untuk diambil perhatian:

  • Jika pelajar gagal dalam satu matapelajaran sahaja, anda hanya perlu mengulangi mata pelajaran yang berkenaan sahaja. Contohnya jika anda lulus mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi gagal Sejarah, anda hanya perlu mengulangi kertas Sejarah sahaja, bukannya mengulangi semua kertas SPMU
  • Pelajar perlu mendaftar SPM Ulangan untuk menduduki SPMU samada sesi Jun atau November
  • Umur 16 tahun dan ke atas layak untuk menduduki peperiksaan SPM serta tiada had umur untuk menduduki peperiksaan SPMU.

Semoga perkongsian pendaftaran calon persendirian SPM & SPMU 2024 dapat membantu calon-calon. Pastikan pengisian borang pendaftaran anda dilakukan dengan lengkap dan membuat bayaran pada tarikh yang ditetapkan.