Nota

Novel Tirani : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 5 yang berada di zon 5 komponen sastera iaitu pelajar yang bersekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sudahkah anda membuat ulang kaji berkenaan novel komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu? Sekiranya belum, ikuti perkongsian di bawah mengenai Novel Tirani : Sinopsis, Tema, Persoalan, Nilai & Pengajaran sebagai nota ringkasan anda.

Novel ini telah ditulis oleh Beb Sabariah atau Bibi Sabariah Hj Abang Awet yang merupakan anak kelahiran Betong, Sarawak. Penulis telah  mendapatkan pendidikan ikhtisas/ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Penulis juga mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.

Sinopsis & Tema Novel Tirani (Komsas Tingkatan 5 SPM)

Di bawah adalah nota ringkas berkenaan Novel  diatas yang merangkumi sinopsis, tema, persoalan, nilai & pengajaran untuk rujukan semua.

Baca juga: Faktor Remaja Terjebak Ke Penyalahgunaan Dadah

1) Sinopsis

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda  telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

2) Tema

Novel ini membawa tema kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri.

3) Persoalan

a. Persoalan kecantikan merupakan perkara yang diutamakan oleh seorang wanita.

Dr. Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk

b. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

“hmm, bila mak sampai?” Tangan ibunya terus digenggam “Baru sekejap. Mak sebenarnya berada di bangku di luar bilik ini.” kata ibunya. “Dari sejak Eda dimasukkan ke bilik bedah?” Waheeda mengumpil kesetiaan ibunya. “Berapa lama?” kira-kira 12 Jam

c. Persoalan persahabatan antara dua sahabat yang sudah alma tidak berjumpa

Ketika Waheeda menghubungi sahabatnya Bazilah, Bazilah menjawab “Kecil tapak tangan, Lapangan Terbang Changi Illa tadahkan”. Lantas Waheeda menjawab “kaulah kawan aku dunia dan akhirat, terima kasih seluas negeri Sarawak.

d. Persoalan tanggungjawab seorang anak kepada keluarga

Waheeda bersandar sambil termenung melayari lamunan. Dia amat berterima kasih kepada Ghazi kerana sanggup balik ke pangkuan keluarga. Ghazi melepaskan jawatannya di Petronas Miri untuk kembali membantu ayahnya menguruskan Tajau Enas sejak bulan lepas.

e. Persoalan muafakat antara keluarga

“Nampaknya kita tidak perlu bertolak ke rumah pihak perempuan, kata Datuk Yasser kepada wakil rombongan dari keluarga terdekat serta kenalan memberi alasa. Kita buat lain kali,” katanya optimis

4) Watak dan perwatakan

Watak Utama:

a. Waheeda Nurlyana

  • Seorang yang gigih – Sebagai pengusaha Chalet Tanjung Emas, Waheeda berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan tersebut.
  • Seorang yang penyayang – Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan akibat Zahid yang menceraikannya
  • Seorang yang berani – Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwani-Iwani
  • Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa – Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu Sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya – Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak
  • Seorang yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan Tuhan – Waheeda berkeinginan membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Watak sampingan:

b. Raidah

  • Ibu kepada Waheeda
  • Seorang yang penyayang – Raidah sanggup ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
  • Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa – Raidah menyediakan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka

c. Datin Hazirah

  • Bekas ibu mertua Waheeda
  • Seorang yang penyayang – telah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda

d. Pak Cik Aziz

  • Seorang yang bijak – meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwani-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

e. Izzati

  • Anak kepada Waheeda
  • Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa – Waheeda meminta Izzati menggantungkan Kain Pua Kumbu Sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani

f. Zahid

  • Suami/ bekas suami kepada Waheeda
  • Seorang yang menyesal dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukan – Zahid mengakui kesalahannya dan menangis keran menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnya, Izzati.

g. Bazilah 

  • Seorang yang menghargai hubungan persahabatan – Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura

5) Plot

Binaan Plot

Pengenalan

  • Waheeda melayari laman sesawang berkaitan kecantikan dan pembedahan kosmetik
  • Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih dan menjaga kekemasan diri

Perkembangan

  • Monyet belanda telah menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut
  • Monyet tersebut telah menyerang dan menggigit muka Waheeda
  • Waheeda dibawa ke hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr. Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda
  • Waheeda ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical center (SMC) yang akan menguruskan proses pembedahan mata dan hidungnya.
  • Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh manakala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr Averroes atau Dr. Rushdi

Perumitan

  • Halloway dan Dr. Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di Matang dan kedatangan mereka mencetuskan rasa cemburu suaminya
  • Waheeda telah berbual panjang dan lama sehingga menimbulkan krisis antara Zahid dengan Waheeda kerana cemburu dan Zahid tidak pulang ke bilik tidurnya
  • Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eksklusif Hospital Pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya.
  • Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya dan Waheeda telah meminta dan merayu suaminya melihat hasil laporan DNA.

Klimaks

  • Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiga.
  • Waheeda mengalami masalah kemurungan dan meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam keran dia terlalu mencintai suaminya

Peleraian

  • Ghazi dan Raidah menemani Waheeda ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Kuala Lumpur untuk mendapatkan khidmat rawatan dan kaunseling
  • Waheeda dan Ghazi telah membeli dan mengusahakan Chalet Iwani-Iwani milik Pak Cik Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah
  • Selepas 20 tahun,  Zahid dan Aiman secara kebetulan menginap di chalet Aya-Sajinah dan bersembang tentang pelbagai perkara termasuk perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam.
  • Zahid apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izaati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini.
  • Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan bapanya, Zahid.

Teknik Plot

  • Imbas kembali – Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya semasa dalam kereta dalam perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz, mengatakan bahawa insan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal
  • Imbas muka – Semasa menantikan kedatanagn doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.
  • Saspens – Peristiwa apabila Zahid bertemu anak kandungnya Izzati. Pembaca tertanya-tanya apakah penerimaan Zahid. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat Izzati sebagai anak kandung kerana tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengannya.
  • Kejutan – Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan DNA kepada Zahid. Zahid mempertikaikan keputusan tersebut dan telah menuduh Waheeda bersubahat dengan pakar DNA
  • Monolog – Waheeda bermonolog ketika teruja untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

6) Latar

Latar Masyarakat

  • Masyarakat yang gigih menempuh cabaran & dugaan – Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam rumah tangga bersama-sama Zahid sehingga beroleh seorang cahaya mata
  • Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih dan sayang – Waheeda terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan setelah Zahid menceraikannya
  • Masyarakat yang bijak – Waheeda mendapatkan khidmat kawannya untuk menyerahkan sampel rambut suaminya, anaknya dan dirinya sendiri bagi melakukan ujian DNA
  • Masyarakat yang tabah – Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya sejak lahir disamping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan suaminya
  • Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsa – Raidah menyediakan hidangan tradisional masyarakat Sarawak seperti pansuh manok, terubuk panggang dan bubur pedas untuk para tetamu yang menginap di chalet mereka

Latar tempat

  • Chalet Tajau Emas – Hidung dan muka Waheeda cedera kerana dia diserang oleh seekor monyet.
  • Bilik wad Hospital Pakar Norman – Waheeda melahirkan Izzati.
  • Di rumah bapa saudara Bazilah di Yishun, Singapura – Raidah datang secara mengejut untuk menemani Waheeda dan memberikan sokongan moral kepadanya sebelum menjalani pembedahan.
  • Silicon Medical Center (SMC), Singapura – Waheeda menjalani pembedahan hidung dan pipinya.
  • Di Flamingo Resort, Singapura – Waheeda berkenalan dengan Zahid.
  • Di Aya-Sajinah, Cameron Highlands – Zahid mengakui kesalahannya dan meminta maaf daripada Izzati dan Waheeda.

Latar masa

  • Pada waktu pagi – Waheeda disorong ke bilik bedah pada hari Rabu, pukul 11.30 pagi untuk menjalani pembedahan plastik pada wajahnya.
  • Pada waktu tengah hari – Waheeda makan tengah hari di sebuah restoran bersamasama Nurjihan.
  • Pada waktu petang – Waheeda pergi ke Cafe Iwani pada waktu petang dan melihat
    Lais serta Izzati sedang berbual-bual dengan Zahid.
  • Pada waktu malam – Waheeda menghantar e-mel kepada Ghazi untuk bercerita
    tentang rawatan integrasi yang bakal dijalaninya

7) Gaya Bahasa

  • Diksi Bahasa Inggeris: Health, Shopping Mall, Business
  • Diksi Bahasa Arab: Al Fatihah, Assalamualaikum
  • Diksi Melayu Sarawak: Kerisit kerumun, bertekul, mereya, jembuk
  • Peribahasa: senyum kambing, buah fikiran, ulat buku, terasa ada udang disebalik batu
  • Simile: Berlari ke rumah macam pelesit, kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi
  • Personafikasi: rasa kesal mulai mengasak benak, ciuman ibu berdecit singgah di pipi
  • Metafora: dari suak dahi ke tebing dagunya,
  • Hiperbola: Hujan gerimis hilang di lautan senyap, kesan ubat penahan sakit yang meloyakan merobek-robek dadanya.
  • Paradoks: Walaupun miskin barta tetapi ornag Melayu memang kaya ketawa, natijahnya sama seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

8) Nilai

Nilai Kegigihan

Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas, Waheeda telah berusaha sedaya upaya mengembangkan perniagaannya. Dia turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet lain

Nilai kasih sayang

Waheeda yang mencintai suaminya sepenuh hati telah mengalami kemurungan dan meroyan akibat tindakan Zahid menceraikannya

Nilai keberanian 

Waheeda telah membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwani-Iwani

Nilai kesabaran

Waheeda sabar dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulis dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yang menginap di chalet mereka

Nilai keinsafan

Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatannya dahulu tanpa usul periksa.

9) Pengajaran

1. Kita hendaklah gigih menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup – Waheeda mengusahakan perniagaan chaletnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran

2. Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih dan sayang untuk mempererat hubungan anatara ahli keluarga – Raidah, ibu Waheeda sering menemani anaknya dalam menjalankan urusan yang penting dalam hidup anaknya.

3. Kita seharusnya bersikap bijak dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi – Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungan yang dihadapi dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi Kuala Lumpur)

Related : pegawai perhubungan awam rawatan dan khidmat kaunseling majlis pertunangannya, chaletnya iwana iwani