Nota

Nota Sains Tingkatan 5 (Bahasa Melayu)

Berita baik kepada pelajar Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Sains di sekolah masing-masing. Adakah anda sudah mempunyai rujukan nota dalam Bahasa Melayu untuk mata pelajaran tersebut? Sekiranya tiada, berikut dikongsikan Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 (Bahasa Melayu) untuk rujukan semua.

Pelajar yang mengambil mata pelajaran ini lazimnya akan didedahkan kepada pembelajaran melalui aktiviti serta projek berkumpulan agar minat terhadap bidang sains dan teknologi dapat dipupuk. Tambahan pula, ia bakal menguji kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, kemahiran komunikasi dan daya penyelesaian masalah daripada pelajar dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan.

Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 (Bahasa Melayu)

Berikut adalah koleksi Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 (Bahasa Melayu). Pelajar boleh merujuk maklumat yang dikongsikan di bawah sebagai bahan rujukan mengulang kaji pelajaran. Selain itu, and juga boleh merujuk nota sebelum menghadapi peperiksaan peringkat sekolah mahupun peperiksaan awam.

Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5

Sukatan Nota Sains Tingkatan 5 (Form 5)

Di bawah adalah sukatan bab mata pelajaran Sains Tingkatan 5 sebagai panduan untuk semua:

Bab 1: Mikroorganisma dan kesannya terhadap benda hidup

  • Memahami pengelasan mikroorganisma
  • Mensintesis idea tentang faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
  • Mengaplikasi pengetahuan tentang mikroorganisma berfaedah
  • Menganalisis kesan mikroorganisma berbahaya kepada manusia
  • Menganalisis cara-cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
  • Memahami cara merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
  • Menyedari kewujudan mikroorganisma yang dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan manusia dan keseimbangan alam

Bab 2: Nutrisi Dan Pengeluaran Makanan

  • Menilai kepentingan mengambil makanan bernutrisi dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat
  • Menganalisa keperluan nutrient oleh tumbuhan
  • Menganalisis kitar nitrogen dan kepentingannya
  • Menghargai kepentingan amalan pengamalan nutrisi yang baik

Bab 3: Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar

  • Menganalisis keseimbangan alam semula jadi
  • Menganalisis kesan pencemaran terhadap alam sekitar
  • Mensintesis idea tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan pengawalan pencemaran
  • Menilai kepentingan pengurusan sumber alam secara terancang dalam mengekalkan keseimbangan alam
  • Mengamalkan sikap tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

Bab 4: Sebatian Karbon

  • Menganalisis kepelbagaian sebatian karbon
  • Menganalisis alkohol dan kesannya terhadap kesihatan
  • Menganalisis lemak dan kesannya terhadap kesihatan
  • Menganalisis kelapa sawit dan kepentingannya terhadap pembangunan Negara
  • Menganalisis proses pembuatan sabun daripada minyak dan tindakan pencucian sabun
  • Memahami polimer semula jadi
  • Menghargai kajian saintifik terhadap penggunaan sebatian karbon untuk kesejahteraan hidup

Bab 5: Gerakan

  • Menganalisis gerakan kenderaan di atas darat
  • Menganalisis konsep laju, halaju dan pecutan
  • Memahami konsep inersia
  • Mengaplikasikan konsep momentum
  • Mensintesis konsep tekanan
  • Mengaplikasi prinsip sistem hidraulik dalam kehidupan seharian
  • Menganalisis gerakan kenderaan di air
  • Menganalisis gerakan kenderaan di darat
  • Menghargai kebolehan dan kreativiti manusia dalam mencipta dan mereka bentuk kenderaan untuk kesejahteraan hidup

Bab 6: Teknologi Makanan Dan Penghasilan Makanan

  • Menganalisis kaedah dan bahan yang digunakan dalam teknologi pemprosesan makanan
  • Menganalisis cara untuk meningkatkan pengeluaran makanan
  • Menghargai sumbangan teknologi dalam pengeluaran makanan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup
  • Mengamalkan pemikiran kritis dan analitis dalam membuat pemilihan makanan yang diproses

Bab 7: Bahan Sintetik Dalam Industri

  • Memahami polimer sintetik
  • Menganalisis plastik
  • Mengamalkan sikap tanggungjawab dalam pelupusan polimer sintetik

Bab 8: Elektronik dan Teknologi Maklumat (ICT)

  • Gelombang Radio
  • Komunikasi Radio
  • Komunikasi Satelit
  • Kepentingan penggunaan ICT untuk kesejahteraan hidup manusia

Pautan Muat Turun Nota Setiap Bab Sains Tingkatan 5

Di bawah adalah pautan kepada koleksi nota-nota ringkas Sains Tingkatan 4 untuk rujukan semua:

Semoga perkongsian mengenai Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 (Bahasa Melayu) dapat membantu semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains dalam peperiksaan SPM.

Related : terima kasih, 2020 at, subjek sains, untuk pelajar, tingkatan 4 dan 5 spm 2018, pelajar perlu, untuk mendapatkan,