Nota
Nota Pendidikan Islam Tingkatan 4 (Lengkap Semua Bab)
Perhatian kepada pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam. Adakah anda mencari nota berkenaan mata pelajaran tersebut untuk membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan? Sekiranya ya, di bawah dikongsikan Nota Pendidikan Islam Tingkatan 4 (Lengkap) KSSM untuk rujukan semua. Nota di bawah adalah berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Form 4 KSSM yang baharu.
Buku teks ini telah disusun bagi mencapai matlamat mata pelajaran pendidikan Islam iaitu membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah yang berilmu, beriman, bertakwa, beramal soleh dan berakhlak mulia. Selain itu, pelajar yang berketrampilan tinggi berdasarkan Al-Quran dan sunnah serta menyumbang kearah meningkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan Alam demi mencapai kejayaan diduni dan diakhirat.
Isi Kandungan
Nota Padat Pendidikan Islam Tingkatan 4 (KSSM)
Di bawah adalah perkongsian Nota mengikut bidang dan pelajaran untuk rujukan semua.
Bidang Al-Quran
Pelajaran 1 Surah Al-An’am : 162-163
Intisari ayat
- Solat ialah tonggak kepada segala amalan seseorang muslim
- Segala ibadat yang dilakukan perlu mengikut syariat Nabi Muhammad SAW
- Kehidupan di dunia perlu dipenuhi dengan melaksanakan perintah Allah dan Rasulullah SAW supaya bahagia di dunia dan akhirat
- Menyerahkan segala urusan kehidupan dan sesudah kematian kepada Allah SWT
- Keikhlasan ialah faktor utama segala ibadah diterima oleh Allah SWT
- Umat Islam wajib menjauhi syirik kerana syirik merupakan larangan Allah SWT
- Umat Islam wajib memohon hanya kepada Allah SWT kerana dia ialah Tuhan sekalian alam
Pelajaran 2 Surah Al-Kahfi ayat 101-106, ayat 107-110
Intisari ayat
- Allah SWT akan mengurniakan syurga firdaus kepada orang yang beramal soleh
- Orang yang beramal soleh akan kekal didalam syurga firdaus
- Kehebatan dan keluasan ilmu Allah SWT tiada tandingannya
- Para rasul dilantik dalam kalangan manusia yang diberikan wahyu untuk disampaikan kepada umatnya.
- Orang yang rindu untuk bertemu dengan Tuhannya akan sentiasa beramal soleh serta menjauhi perbuatan syirik
Pelajaran 3 Hukum tajwid: Hukum mad silah, mad lazim dan qalqalah
1. Mad Silah
- Mad yang terdapat selepas huruf HA dhamir yang berbaris kasrah (bawah) atau berbaris dhommah (depan)
- Mad Silah Qasilah: Apabila HA dhamir terletak di antara dua huruf berbaris bertemu dengan huruf hijaiah selain dariapda huruf hamzah pada dua kalimah yang berlainan. Cara bacaan adalah 2 harakat.
- Mad Silah Tawilah: Apabila HA dhamir terletak di antara dua huruf berbaris bertemu dengan huruf hamzah pada dua kalimah yang berlainan. Cara bacaan 4 atau 5 harakat.
2. Mad Lazim
- Huruf Mad bertemu dengan huruf yang bertanda sukun (mati) ketika bacaan secara wasal atau waqaf. Cara bacaannya 6 harakat
- Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf: Huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang tidak bersyaddah (bersabdu) dalam satu kalimah. Tidak dibaca secara idgham.
- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal: Huruf Mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang bersyaddah (bersabdu) dalam satu kalimah. Dibaca secara idgham.
- Mad Lazim Harfi Mukhaffaf: Huruf mad yang terdapat pada pembukaan surah bertemu huruf bertanda sukun (mati). Tidak dibaca secara idgham.
- Mad Lazim Harfi Muthaqqal: huruf mad yang terdapat pada pembukaan surah bertemu huruf bertanda sukun (mati) Dibaca secara idgham
3. Qalqalah
- Bunyi lantunan ketika menyebut huruf Qalqalah. huruf Qalqalah (qaf (ق), tho (ط), ba’ (ب), jim (ج), dal (د))
- Qalqalah Sunghra: huruf qalqalah yang berbaris suskun pada pertengahan kalimah atau hujung kalimah ketika bacaan secara wasal. Bunyi lantunan yang rendah ketika menyebut huruf qalqalah yang berbaris sukun
- Qalqalah Kubra: huruf qalqalah yang berbaris sukun atau sukun yang mendatang beradad pada hujung kalimah ketika bacaan secara waqaf. Bunyi lantunan kuat ketika menyebut huruf qalqalah ketika waqaf
- Qalqalah Akbar: huruf qalqalah yang berbaris syaddah pada hujung kalimah ketika bacaan secara waqaf. Bunyi lantunan lebih kuat ketika menyebut huruf qalqalah ketika waqaf
Pelajaran 4 Surah Al Baqarah: 188 (Larangan Rasuah)
Larangan Allah berdasarkan ayat adalah Allah melarang manusia mengambil harta orang lain dengan cara berikut, antaranya termasuklah rasuah, merompak, riba, menipu, judi, salah guna kuasa dan mencuri. Pengertian rasuah adalah sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dari membenarkan kepalsuan
Empat bentuk kesalahan rasuah
- Meminta atau menerima rasuah
- Menyalahgunakan kedudukan atau jawatan untuk kepentingan tertentu
- Menawarkan atau memberikan rasuah
- Mengemukakan tuntutan palsu
Kesan perbuatan rasuah
- Allah SWT dan rasulnya melaknat pemberi dan penerima rasuah
- Menjadikan individu hilang harga diri kerana perbuatan itu berdosa
- Melumpuhkan ekonomi negara akibat daripada kos pengurusan yang meningkat
- Meningkatkan kes jenayah dalam masyarakat kerana sifat mementingkan diri
Pengajaran ayat
- Kita hendaklah mencari rezeki yang halal agar tidak menyalahi syariat Islam
- Kita hendaklah menjauhkan diri daripada memberikan rasuah supaya tidak menzalimi diri dan masyarakat
- Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan sumpah palsu untuk mendapatkan kepentingan tertentu
Pelajaran 5 Memahami Sunnatullah (Surah Ali-Imran ayat 139-137)
Maksud Sunnatullah adalah sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut
Kesan Memahami Sunnatullah
- Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan dan kehendak Allah SWT yang Maha bijaksana.
- Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan
- Menerima ketetapan Allah SWT dengan bersikap positif dalam setiap keadaan
Pengajaran Ayat
- Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT telah mengatur kehidupan manusia bersesuaian dengan peraturan dan ketetapan-Nya
- Kita hendaklah menjadi pengembara dimuka bumi supay dapat mengetahui dan menyelidik Sunnatullah
- Kita hendaklah mengkaji dan menyelidik sejarah umat terdahulu agar menjadi pedoman dalam kehidupan
Pelajaran 6 Larangan mempersendakan agama (Surah Al-An’am ayat 70)
Bentuk perbuatan mempersendakan Islam
- Berasa bangga mempersendakan nama Allah SWT
- Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah SAW
- Menghina golongan ulama dan orang soleh
- Mentafsir Al-Quran mengikut hawa nafsu dan logik akal semata-mata
- Menyanjung perbuatan maksiat
Cara menjaga kesucian Islam
- Memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan disemua lapisan masyarakat
- Mencontohi keperibadian mulia Rasulullah
- Meningkatkan kualiti ibadah fardu dan sunat demi menjamin keutuhan akidah
Kesan mempersendakan Islam
- Boleh membatalkan iman
- Tidak dipandang oleh Allah SWT diakhirat
- Tidak mendapat kejayaan didunia dan diakhirat
Pengajaran ayat
- Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang mempersendakan agama demi menjaga kesucian Islam
- Kita hendaklah menyedari bahawa perbuatan menjadikan agama sebagai alat permainan dan gurauan ialah sebahagian daripada tipu daya dunia
- Kita hendaklah sentiasa memberikan peringatan kepada orang yang mempersendakan agama berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah
Pelajaran 7 Dakwah pemacu kemajuan (Surah Fussilat ayat 33)
Maksud dakwah adalah menyeru supaya melakukan perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan meninggalkan larangannya
Tuntutan Ayat
- Berdakwah – mengajak dan menyeru manusia supaya takut kepada Allah SWT dengan pendekatan terbaik
- Beramal soleh – Amalan soleh ialah perbuatan baik yang dilakukan mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
- Menjadikan Islam sebagai cara hidup – melaksanakan ajaran Islam dalam semua bidang kehidupan
Pengajaran Ayat
- Kita hendaklah berdakwah mengikut keupayaan masing-masing kerana dakwah ialah sunnah Rasulullah
- Kita hendaklah beramal soleh supaya menjadi contoh kepada orang lain
- Kita hendaklah menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna
Bidang Hadis
Pelajaran 8 Hindari dosa-dosa besar
Tujuh dosa besar yang terkandung dalam hadis
- Makan riba
- Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang piutang
- Makan harta anak yatim
- menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak
- Syirik kepada Allah SWT
- Syirik Jali: menyekutukan Allah SWT dengan sesuatau pada zat sifat dan af’al (Contoh, menyembah berhala)
- Syirik Khafi: melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah SWT (Contoh, bersikap riak, ujub dan takbur)
- Sihir
- Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin (Santau, pukau, pelaris)
- Membunuh
- Menghilangkan nyawa seseorang (menembak, menikam atau meracuni)
- Lari daripada medan perang
- meninggalkan medan peperangan menghadapi musuh
- Menuduh perempuan yang beriman dan suci berzina (qazaf)
- Contohnya percakapan atau pertuduhan yang jelas seperti ‘kamu telah berzina’ atau memanggilnya ‘wahai penzina’
Pengajaran hadis
- Kita hendaklah sentiasa memelihara diri daripada perbuatan syirik kerana ia merosakkan akidah
- Kita perlu bersikap amanah dalam menguruskan harta anak yatim untuk memelihara hak orang lain.
Pelajaran 9 Kemuliaan berdikari
Berdikari bermaksud berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuam orang lain
Konsep berdikari
- Menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah SWT seperti kekuatan tubuh badan dan kecerdikan akal untuk perkara yang bermanfaat
- Membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain demi memelihara maruah dan kemuliaan diri
- Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan
Kelebihan berdikari
- Dari segi agama, menjadikan agama Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin dan berusaha
- Dari segi ekonomi, mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal
- Dari segi pendidikan, melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi melalui penerokaan ilmu dan kemahiran
- Dari segi masyarakat, memperkasakan daya saing masyarakat untuk mempertingkatkan taraf kehidupan
Pengajaran hadis
- Kita perlu memandang mulia kepada pekerjaan yang halal walaupun hasilnya sedikit
- Kita seharusnya menghindari perbuatan meminta-minta dan bergantung pada orang lain demi memelihara kemuliaan dan maruah diri
- Kita hendaklah mencari ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik
Bidang Akidah
Pelajaran 10 Allah SWT Maha Pembalas dan Maha Perkasa
Al Muttakin merupakan nama Allah yang menunjukkan bahawasanya Allah SWT maha pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas
Al Jabbar pula adalah nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang maha berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehedak-Nya
Pelajaran 11 Perkara Yang Membatalkan Iman
Iman boleh terbatal melalui iktikad, perkataan dan perbuatan
- Iktikad: Iman terbatal kerana tidak percaya atau ragu-ragu dengan perkara yang berkaitan dengan ketuhanan, kenabian, perkara ghaib dan syariah. Contohnya, menyifatkan Allah SWT dengan sifat yang tidak layak bagi Allah SWT
- Perkataan: perkataan yang mengundang perkataan kufur atau penafian akidah Islam atau mempersendakan hukum-hakam Islam. Contohnya, mengaku keluar Islam.
- Perbuatan: melakukan amalan atau perbuatan jelas menunjukkan kekufuran seperti sujud kepada berhala, meletakkan peralatan agama lain dan melakukan upacara ibadah agama lain.
Syarat terbatal iman
- Mengetahui perkara yang dilakukan membawa diri kepada kekufuran
- Melakukan sesuatu perkara dengan sengaja dan pilihan sendiri tanpa sebarang paksaan
- Mengingkari perkara asas dalam Islam seperti rukun iman dan rukun Islam
- Melakukan perkara yang jelas membawa diri kepada kekufuran
Kesan melakukan perkara yang membatalkan iman
- Rosak segala amalan soleh dan ibadat yang dilakukan
- Tidak diampunkan dosanya oleh Allah SWT sekiranya tidak bertaubat
- Diharamkan memasuki syurga dan sebaliknya akan ke neraka
- Hilang hak terhadap harta pusaka yang ditinggalkan oleh keluarga muslim
Pelajaran 12 Hindari ajaran sesat
Ajaran sesat yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya ia bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW
Ciri-ciri ajaran sesat
- Aspek Al-Quran dan Hadis: memahami dan mentafsir Al-Quran dengan logik akal semata-mata, menolak hadis sebagai sumber hukum Islam
- Aspek akidah: mengaku sebagai nabi atau rasul, mendakwa diri atau guru sebagai Imam al-Mahdi, memuja makhluk untuk mendapatkan sesuatu kelebihan
- Aspek ibadah: menolak kewajipan ibadah fardhu
- Aspek akhlak: mempersendakan sahabat Nabi SAW, taksub dengan ajaran guru yang dianggap hanya kumpulan yang benar
Bidang Fiqah
Pelajaran 13 Haji dan Umrah
Maksud haji dan umrah
- Haji: Dari segi bahasa, tujuan dan maksud. Dari segi istilah, mengunjungi Baitullah al-Haram pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya
- Umrah: Dari segi bahasa, ziarah. Dari segi istilah, mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya
Hukum menunaikan haji dan umrah adalah wajib sekali seumur hidup bagi setiap individu yang berkemampuan.
Syarat wajib haji dan umrah adalah Islam, baligh, berakal, merdeka, berkemampuan dari segi kesihatan, kewangan dan keselamatan
Perbezaan antara haji dan umrah:
Haji | Umrah |
|
|
Pelajaran 14 Sembelihan
Sembelihan dari segi bahasa adalah memotong dan dari segi istilah adalah menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih
Hukum sembelihan adalah wajib supaya halal dimakan dagingnya
Rukun sembelihan
- menyembelih
- binatang sembelihan
- alat sembelihan
Syarat sah sembelihan
- Penyembelih
- beragama Islam atau ahli kitab
- melakukan sembelihan kerana Allah SWT
- Binatang sembelihan
- masih mempunyai hayat
- putus urat halkum dan merih dengan segera dan sekali sembelihan
- Alat sembelihan
- alatan yang boleh melukakan sembelihan kecuali kuku, gigi dan tulang
Hikmah sembelihan dari sudut syarak dan sains:
- membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram supaya ibadah diterima
- menghindarkan diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang kerana toksin dan bakterian yang terdapat dalam darah binatang telah dikeluarkan
- mempercepatkan proses kematian binatang yang disembelih
Pelajaran 15 Korban dan Akikah
Maksud korban adalah menymbelih binatang ternakan pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar
Syarat sah korban:
- Berniat kurban
- Masa pelaksanaan (selepas solat sunat aidiladha pada 10 zulhijjah hingga terbenam matahari pada akhir hari tasyrik bersamaan pada 13 zulhijjah)
- Cukup umur
- Cuku sifatnya, bebas daripada penyakit dan kecacatan
Hikmah berkorban:
- Mengagungkan syiar Islam yang merupakan tanda takwa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT
- Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam kerana solat sunat aidiladha menghimpunkan seluruh umat Islam
- Menghayati semangat pengorbanan agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS
Maksud akikah adalah binatang ternakan yang disembelih sempena kelahiran bayi. Hukum melaksanakannya adalah sunat muakkad dan wajib jika bernazar. Senarai binatang ternakan yang disyariatkan akikah adalah unta, kambing, kerbau, biri-biri dan lembu.
Syarat sah akikah:
- berniat akikah
- masa pelaksanaan
- cukup umur (Unta, 5 tahun dan ke atas/ lembu atau kerbau, 2 tahun dan ke atas/ kambing, 2 tahun dan ke atas/ biri-biri, 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6 bulan)
- cukup sifatnya iaitu bebas daripada penyakit dan kecacatan
Pembahagian daging akikah
- sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan sesudah dimasak
- afdhal disedahkan kepada orang miskin
- masakan itu juga sunat dimakan oleh orang yang berakikah
Pelajaran 16 Konsep muamalat Islam
Muamalat Islam adalah hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya.
Hukumnya adalah harus
Perbezaan antara muamalat Islam dengan konvensional
Muamalat Islam | Konvensional |
|
|
Pelajaran 17 Solat sunat dhuha dan solat sunat gerhana
Solat sunat dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari. Hukumnya adalah sunat muakkad
Solat sunat gerhana pula adalah solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari bulan dengan cara-cara yang tertentu. Hukumnya adalah sunat muakkad
Bidang Sirah dan Tamadun Islam
Pelajaran 18 Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin
Abu Bakar As-Siddiq
- Tegas memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan enggan membayar zakat
- Berpandangan jauh dengan mengarahkan Zaid bin Sabit untuk mengumpulkan himpunan tulisan ayat Al-Quran kerana ramai penghafaz terkorban dalam peperangan Yamamah
- Mengamalkan Syura iaiatu mengambil kira pandangan para sahabat dalam menentukan strategi peperangan
Umar Al-Khattab
- Berfikiran terbuka kerana bersedia ditegur Rasulullah dan menerima pendapat daripada sahabat
- Adil dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara
- Cekap apabila menubuhkan majlis syura dan beberapa jabatan baharu serta mengemaskini baitulmal
Usman bin Affan
- Prihatin dalam menyumbangkan harta dan kekayaannya untuk pertahanan negara
- Inovatif dengan menubuhkan angkatan tentera laut Islam
- Berpandangan jauh dengan menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan Al-Quran
Ali bin Abi Talib
- Berilmu, memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang
- Berani, menyertai hampir kesemua peperangan, sanggup menerima jawatan khalifah walaupun mengetahui beban yang bakal dihadapi
- Tegas apabila memecat beberapa gabenor yang dilantik sebelum ini
Pelajaran 19 Kerajaan Umaiyah
- Diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan
- Bersempena nama Umaiyah bin Abdul Shams iaitu salah seorang daripada pemimpin keturunan quraisy
- Tempoh memerintah: Tahun 41 hijrah hingga 132 hijrah
- 14 orang khalifah
- Pusat pemerintahan di Damsyik Syria
Pelajaran 20 Kerajaan Abasiyyah
- Diasaskan oleh Abu Al Abbas Abdullah
- Bersempena nama saudara Rasulullah SAW iaitu Al-Abbas bin Abdul Mutalib
- Tempoh memerintah selama 524 tahun, dari 132 Hijrah hingga 656 Hijrah
- 37 orang khalifah
- Pusat pemerintahan di Baghdad, Iraq
Pelajaran 21 Keunggulan Tokoh Empat Mazhab
Imam Abu Hanifah
- Nama sebenar An Nukman Bin Sabit Al-kufi
- Keperibadian: sangat memuliakan ilmu pengetahuan, kuat beribadat, tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan kedudukan
- Antara guru beliau: Hammad bin Abu Sulaiman, Attak bin Yasar, Amru bin Dinar
Imam Maliki
- Nama sebenar Maliki bin Anas Al-Madani
- Keperibadian: mencintai Rasulullah SAW sehingga tidak sanggup menunggang kuda dalam kota Madinah kerana menghormati jasad Nabi SAW yang diamkamkan disana
- Antara guru beliau: Nafiq al Madani, Muhamad Bin Shihab Az Zuhri, Yahya Bin Said Al-Ansar
Imam As-Syafie
- Nama penuh Muhammad Bin Idris As-Syafie
- Keperibadian: Sanggup tinggal bersama-sama dengan kaum arab badwi demi menguasai bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan arab. Sanggup bermusafir jauh demi kecintaan terhadap ilmu
- Antara guru beliau: Imam Maliki, Sufian bin
Imam Ahmad
- Nama sebenar: Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
- Keperibadian: Sentiasa menuntut ilmu walaupun telah mendapat gelaran imam yang masyhur, bersifat pemaaf, menghafaz Al-Quran sejak berusia sembilan tahun
- Antara guru beliau adalah Imam As-Syafie, Abu Yusof Al Qadi, hammad Bin Khalid
Bidang Akhlak Islamiah
Pelajaran 22 Bersikap benar dan menjauhkan kemunafikan
- Maksud dari segi istilah, tidak berdosa dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan. Hukumnya wajib bersikap benar
- Benar dalam tutur kata, dalam niat dan kemahuan, dalam keazaman dan cita-cita, dalam tugas, dalam menepati janji
Pelajaran 23 Khauf dan Rajak
- Khauf bermaksud takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi segala larangan
- Rajak pula bermaksud mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya
Pelajaran 24 Adab terhadap orang sakit dan kurang upaya
Orang sakit
- Ibadah, mendoakan kesihatan mereka, membantu mereka yang ingin melakukan ibadah
- Emosi, memberikan semangat dan motivasi agar mereka sabar dan redha
- Fizikal, memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa bersih
Orang kurang upaya
- Ibadah, menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadah dengan selesa
- Emosi, memberikan layanan dengan penuh kasih dan sayang terhadap mereka
- Fizikal, memastikan kemudahan asas yang disediakan untuk mereka tidak disalahgunakan
Pelajaran 25 Wasatiah menjamin kecemerlangan umat
Wasatiah adalah pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.
- Kesederhanaan (melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan mematuhi syarat)
- Keseimbangan (memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara ssempurna dalam semua keadaan)
- Keadilan (meletakkan sesuatu sesuai denagn suasana, masa dan tempat)
- Kecemerlangan (pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berkeyakinan teguh pada Allah SWT)
Semoga perkongsian Nota Pendidikan Islam Tingkatan 4 (Lengkap) dapat membantu semua dalam membuat ulangkaji mata pelajaran sebelum exam yang bakal tiba.