Nota

Nota Kimia Tingkatan 5 & 4 (Bahasa Melayu)

Berita baik kepada calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil mata pelajaran Kimia. Sudahkah anda membuat ulang kaji sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan kelak? Sebagai memudahkan proses pembelajaran untuk pelajar, di bawah dikongsikan Nota Kimia Tingkatan 5 & 4 (Bahasa Melayu) untuk rujukan semua.

Subjek Kimia Tingkatan 5 membincangkan empat tema iaitu proses kimia, kimia organik, haba dan teknologi bidang kimia. Pelajar akan didedahkan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha menarik minat murid untuk mempelajari ilmu kimia dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.

Nota Kimia SPM Tingkatan 5 & 4 (Download Dalam Bahasa Melayu)

Berikut adalah Nota-Nota Kimia Tingkatan 5 & 4 (Bahasa Melayu) mengikut bab sebagai panduan kepada pelajar.

Baca juga: Faktor Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Nota Tingkatan 5

Bab 1 : Kadar Tindak Balas

Objektif pembelajaran bab kadar tindak balas adalah:

  • menganalisis kadar tindak balas
  • mensistesis faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas
  • mensintesiskan idea tentang teori perlanggaran

Muat turun nota Bab 1: Kadar Tindak Balas di bawah:

Bab 2 : Sebatian Karbon

Objektif pembelajaran bab sebatian karbon adalah:

  • memahami sebatian karbon
  • menganalisis alkane, alkena
  • mensistesiskan idea isomerisme
  • menganalisis alkohol
  • menganalisis asid karbosilik
  • menganalisis ester
  • menilai lemak
  • menganalisis getah asli
  • menyedari ketertiban dalam siri homolog
  • mensyukuri kewujudan pelbagai bahan organik dalam alam

Nota bagi bab 2 boleh dimuat turun pada pautan di bawah:

Bab 3 : Pengoksidaan Dan Penurunan

Di bawah adalah objektif pembelajaran bab pengoksidaan dan penurunan:

  • menganalisis tindak balas redoks
  • menganalisis pengaratan sebagai tindak balas redoks
  • memahami siri kereaktifan logam dan aplikasinya
  • menganalisis tindak balas redoks dalam sel elektrolisis dan sel kimia
  • menghargai kebolehan unsur mengubah nombor pengoksidaannya

Untuk mendapatkan nota bagi bab ini, sila muat turun pautan di bawah:

Bab 4 : Termokimia

Pada bab ini, pelajar mempunyai objektif pembelajaran seperti berikut:

  • menilai perubahan tenaga dalam tindak balas kimia
  • memahami haba pemendakan
  • memahami haba penyesaran
  • memahami haba peneutralan
  • memahami haba pembakaran

Nota berkaitan termokimia boleh di muat turun pada pautan berikut:

Bab 5 : Bahan Kimia Untuk Pengguna

Bab akhir bagi mata pelajaran Kimia Tingkatan 5 mempunyai objektif pembelajaran seperti berikut:

  • menganalisis sabun dan detergen
  • menilai penggunaan bahan tambah makanan
  • memahami ubat
  • menghargai kewujudan bahan kimia

Muat turun nota bab ini pada pautan berikut:

Sekiranya anda ingan mendapatkan nota penuh mata pelajaran Kimia Tingkatan 5 adalah seperti di bawah:

Nota Tingkatan 4

Di bawah adalah senarai tajuk dan nota-nota mata pelajaran Kimia bagi Tingkatan 4. Anda boleh memuat turun nota mengikut bab-bab di bawah untuk rujukan semua:

Bab 1 : Pengenalan Kepada Kimia

  1. Memahami kimia dan kepentingannya
  2. Mensintesiskan kaedah saintifik
  3. Menggabungkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan saintifik

Bab 2 : Struktur Atom

  1. Menganalisis Jirim
  2. Mensintesiskan struktur atom
  3. Memahami isotop dan Menilai kepentingannya
  4. Memahami susunan electron bagi atom
  5. Menghargai ketertiban dan keunikan struktur atom.

Bab 3 : Formula Dan Persamaan Kimia

  1. Memahami dan mengaplikasikan konsep jisim atom relatif dan jisim molekul relatif
  2. Menganalisis hubungan antara bilangan mol dengan bilangan zarah
  3. Menganalisis hubungan di antara bilangan mol bahan dengan jisim
  4. Menganalisis perhubungan di antara bilangan mol gas dengan isipadu
  5. Mensintesis formula kimia
  6. Mentafsirkan persamaan kimia
  7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyiasatan tentang jirim

Bab 4 : Jadual Berkala Unsur

  1. Menganalisis Jadual Berkala Unsur
  2. Menganalisis Kumpulan 18
  3. Menganalisis unsur Kumpulan 1
  4. Menganalisis unsur Kumpulan 17.
  5. Menganalisis unsur dalam Kala
  6. Memahami unsur peralihan.
  7. Mensyukuri kewujudan unsur dan sebatiannya.

Bab 5 : Ikatan Kimia

  1. Memahami asas pembentukan sebatian
  2. Mensintesiskan idea tentang pembentukan ikatan ion
  3. Mensintesiskan idea tentang pembentukan ikatan kovalen
  4. Menganalisis sifat sebatian ion dan sebatian kovalen

Bab 6 : Elektrokimia

  1. Memahami sifatsifat elektrolit dan bukan elektrolit
  2. Menganalisis proses Elektrolisis sebatian lebur
  3. Menganalisis elektrolisis larutan akueus
  4. Menilai proses elektrolisis dalam industri
  5. Menganalisis sel Kimia
  6. Mensintesiskan siri elektrokimia
  7. Menerapkan kesedaran serta mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam mengendalikan bahan kimia yang digunakan dalam siri elektrokimia

Bab 7 : Asid dan Bes

  1. Menganalisis sifat-sifat asid dan bes
  2. Mensintesiskan konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat dan alkali lemah.
  3. Menganalisis kepekatan asid dan alkali
  4. Menganalisis Peneutralan

Bab 8 : Garam

  1. Mensintesiskan Garam
  2. Mensintesiskan analisis kualitatif garam
  3. Mengamalkan sikap sistematik dan teliti semasa menjalankan aktiviti

Bab 9 : Bahan Buatan Dalam Industri

  1. Memahami pembuatan asid sulfurik
  2. Mensintesiskan pembuatan ammonia dan garamnya
  3. Memahami aloi
  4. Menilai kegunaan polimer sintetik
  5. Mengaplikasikan kegunaan kaca dan seramik
  6. Menilai kegunaan bahan bahan komposit
  7. Menghargai pelbagai bahan buatan dalam industri

Semoga perkongsian Nota di atas beserta pautan download dapat membantu pelajar khususnya calon SPM sebelum menduduki peperiksaan.