Nota
Nota Biologi SPM Tingkatan 5 & 4 (Download)
Berita baik kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Biologi. Adalah anda sudah membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan atau mengulang kaji topik-topik yang berkaitan? Sekiranya belum, berikut dikongsikan koleksi Nota Biologi SPM Tingkatan 5 & 4 setiap topik sebagai panduan untuk pelajar mengulang kaji dengan lebih berkesan.
Subjek biologi merupakan mata pelajaran yang menerangkan pelajar tentang soalan berkaitan alam dengan kaedah saintifik. Pelajar akan mengkaji kehidupan dalam pelbagai bentuk. Manfaatnya, pelajar akan menguasai pengetahuan biologi, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir berlandaskan kaedah saintifik untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berkenaan kehidupan.
Apa Itu Biologi?
Ianya adalah sains hayat atau kajian saintifik tentang kehidupan. Pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga : bagaimana untuk belajar, kemahiran saintifik, dan nilai.
Umumnya, pendekatan konsep Sains dalam pendidikan Biologi merujuk kepada cara mana organisasi kurikulum sains disusun begitu rupa berdasarkan kepada konsep-konsep utama sains. Sebilangan guru sains yang berpengalaman bersetuju bahawa penyampaian maklumat kepada pelajar adalah penting, tetapi
mengajar cara berfikir ialah perkara yang lebih penting.
Konsep merupakan asas kepada kemahiran berfikir. Penilaian dalam pendidikan bukan sekadar untuk mendapatkan jawapan yang betul sahaja, tetapi menjangkau kepada mutu pengajaran dan pemikiran yang berkaitan dengan konsep itu. Daripada kenyataan ini jelas menunjukkan kemahiran berfikir penting untuk penyelesaian masalah dalam pendidikan Biologi dan ia dapat dikuasai sepenuhnya melalui penggunaan strategi belajar yang tepat. Secara
tidak langsung, pemahaman konsep akan berlaku kerana ia adalah asas kepada kemahiran berfikir.
Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada pengetahuan saintifik yang diperlukan untuk mengkaji Biologi sebagai satu disiplin yang berorientasikan kegiatan amali dan kajian lapangan. Selaras dengan itu, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif diberi penguasaan yang sewajarnya dalam mata pelajaran ini. Melalui kegiatan amali, pelajar perlu memikirkan strategi-strategi yang harus diambil untuk melaksanakan kaedah amali di dalam Makmal
bagi mendapatkan keputusan yang baik.
Nota Biologi Tingkatan 5 & 4
Di bawah adalah perkongsian Nota berdasarkan bab dan tajuk-tajuk mengikut bab untuk rujukan pelajar. Muat turun nota pada pautan yang dikongsikan.
Baca juga: Muat turun nota Kimia SPM
Tingkatan 5
Berikut adalah koleksi nota Tingkatan 5 daripada Bab 1 hingga Bab 6:
Bab 1 : Pengangkutan
- keperluan sistem pengangkutan dalam organisma multisel
- konsep sistem peredaran darah
- mekanisme pembekuan darah
- konsep sistem limfa
- peranan sistem peredaran darah dalam mekanisme pertahanan badan
- menghargai sistem kardiovaskular yang sihat
- pengangkutan bahan-bahan di dalam tumbuhan
- konsep pengangkutan bahan di dalam tumbuhan
Bab 2 : Pergerakan Dan Sokongan
- pergerakan dan sokongan pada manusia dan haiwan
- menghargai sistem otot rangka yang sihat
- sokongan dalam tumbuhan
Bab 3 : Koordinasi Dan Tindak Balas
- koordinasi dan gerak balas
- peranan sistem saraf dalam manusia
- peranan hormon dalam manusia
- hemeostasis dalam manusia
- mengamalkan gaya hidup sihat
- hormon tumbuhan
Bab 4 : Pembiakan
- pembentukan gamet
- peranan hormon dalam kitar haid
- perkembangan awal zigot dalam manusia
- sumbangan sains dan teknologi dalam pembiakan manusia
- konsep pembiakan pada tumbuhan
- pertumbuhan dalam organisma multisel
- lengkung pertumbuhan
- pertumbuhan primer dan pertumbuhan sekunder pada tumbuhan
Bab 5 : Warisan
- mensistesis konsep pewarisan berdasarkan eksperimen mendel
- pewarisan
- gen dan kromosom
Bab 6 : Variasi
- variasi dalam organisma
- punca variasi
- menghormati sesama manusia walaupun terdapat variasi
Tingkatan 4
Di bawah adalah nota-nota ringkas merangkumi setipa bab dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4:
Bab 1 : Pengenalan Asas Kepada Biologi
- kajian biologi
- penyiasatan saintifik
Bab 2 : Struktur Dan Organisasi Sel
- struktur dan fungsi sel
- organisasi sel
- menghargai keunikan sel
Bab 3 : Pergerakan Bahan
- pergerakan bahan merentas membran plasma
Bab 4 : Komposisi Kimia Dalam Sel
- komposisi kimia dalam sel
- karbohidrat
- protein
- lipid
- enzim
- kepentingan bahan kimia dalam sel
Bab 5 : Pembahagian Sel
- mitosis
- meiosis
- mensyukuri ketertiban perlakuan kromoson semasa mitosis dan meiosis
Bab 6 : Nutrisi
- Jenis-jenis nutrisi
- gizi seimbang
- malnutrisi
- pencernaan makanan
- penyerapan dan asimilasi hasil pencernaan makanan
- pembentukan tinja dan penyahtinjaan
- menilai tabiat pemakanan
- kepentingan sistem pencernaan yang sihat
- kepentingan makronutrien dan mikronutrien dalam tumbuhan
- fotosintesis
- mekanisme fotosintesis
- faktor-faktor yang mempengaruhi fotosintesis
- sikap menghargai tumbuhan
- teknologi dalam pengeluaran makanan
- perkembangan teknologi dalam pemprosesan makanan
Bab 7 : Respirasi
- proses respirasi dalam penghasilan tenaga
- struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan
- pertukaran gas merentas permukaan respirasi dan pengangkutan gas dalam badan manusia
- mekanisme kawal atur respirasi
- kepentingan mengekalkan sistem respirasi yang sihat
- respirasi dalam tumbuhan
Bab 8 : Ekosistem Dinamik
- komponen abiosis dan biosis dalam persekitaran
- pengkolonian dan sesaran dalam suatu ekosistem
- ekologi populasi
- biokepelbagaian
- impak mikroorganisma terhadap kehidupan
- mensyukuri kewujudan biokepelbagaian
Bab 9 : Ekosistem Terancam
- aktiviti manusia yang mengancam ekosistem
- fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon
- kepentingan pengurusan terancang aktiviti pembangunan dan ekosistem
Semoga perkongsian koleksi Nota di atas dapat membantu pelajar dalam memebuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
Related : bahasa inggeris soalan peperiksaan ringkas biologi sijil pelajaran malaysia untuk mendapatkan biologi spm tingkatan 4 rujukan spm spm 2018 spm 2017, soalan percubaan spm, nota ringkas dan padat,