Sekolah
Permohonan Kursus TVET Online Ambilan Januari 2025
Perhatian kepada pelajar lepasan Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf yang berminat untuk memohon kursus TVET. Satu portal rasmi tunggal permohonan yang ditawarkan oleh institusi-institusi latihan kemahiran awam (ILKA) telah dilancarkan dan anda boleh membuat permohonan kursus TVET secara online.
Majlis TVET Negara telah mengumumkan portal permohonan tunggal untuk kursus-kursus TVET yang disediakan oleh penyedia latihan TVET di seluruh negara bermula tahun ini. Sama seperti sistem UPU Online yang menawarkan program pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), sistem UP_TVET ini mempunyai peranan yang sama dalam menawarkan program pengajian TVET oleh Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran MARA.
Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Ke Kursus TVET Online Ambilan Januari 2025
Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan kemasukan ke Kursus TVET secara atas talian/ Online Ambilan Januari 2025 melalui Portal TVET Madani untuk panduan semua.
Kursus Yang Ditawarkan
Melalui Portal UP_TVET, lebih 15,000 penempatan ditawarkan di peringkat sijil dan siploma untuk pelajar yang berminat. Tujuh kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terlibat dalam Siri Perdana Ambilan Januari 2025 kali ini.
Calon boleh memohon bermula:
- Tarikh Buka : 1 Oktober 2024
- Tarikh Tutup : 15 November 2024
Senarai kursus yang ditawarkan beserta syarat khas yang tertakluk kepada ILKA yang terlibat dalam saluran permohonan tunggal kursus TVET ini boleh disemak di pautan berikut:
Panduan Permohonan UP_TVET
Calon yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke mana-mana institusi awam yang menawarkan latihan vokasional dan teknikal boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:
1. 𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐔𝐏_𝐓𝐕𝐄𝐓. Sekiranya anda pernah berdaftar sebagai pengguna MySPIKE tetapi tidak tahu kata laluan (password), boleh set semula kata laluan (reset password)
PAUTAN PERMOHONAN ONLINE | |||
Portal Rasmi UP_TVET |
2. 𝐋𝐨𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤. Log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan password default (bagi akaun yang baru berdaftar). Semak emel untuk password default. Anda digalakkan untuk tukar kata laluan sebaik log masuk untuk keselamatan.
3. 𝐋𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐢𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 – Lengkapkan maklumat Profil Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga, Maklumat Tambahan, Maklumat Persekolahan, Maklumat Persijilan Lain dan Perakuan.
4. 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 – Buat carian kursus melalui kata carian berkaitan kursus. Contoh : Automotif / Jahitan / Perniagaan. Jangan lupa lihat 𝐢𝐧𝐟𝐨 𝐤𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 dan 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧.
5. 𝐇𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 – Klik Hantar Permohonan sekiranya anda telah benar-benar pasti dengan pilihan anda. Permohonan yang telah dihantar tidak boleh dipinda.
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan
Unit Pengambilan TVET telah menetapkan tarikh-tarikh untuk membuat semakan program temuduga, semakan keputusan tawaran dan juga permohonan rayuan pada tarikh di bawah:
TARIKH PENTING AMBILAN PERDANA TVET JANUARI 2025 | |||
Tarikh Permohonan | 1 Oktober hingga 15 November 2024 | ||
Temuduga | 11 hingga 15 November 2024 | ||
Keputusan tawaran institusi | 18 November hingga 6 Disember 2024 | ||
Tempoh calon setuju terima tawaran | 25 November hingga 8 Disember 2024 | ||
Surat Tawaran Rasmi | akan dikemaskini | ||
Rayuan Permohonan | 9 Disember 2024 hingga 17 Januari 2025 |
Soalan Lazim UP_TVET
Berikut adalah soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan permohonan kemasukan di portal UP_TVET:
1. Apa itu UP_TVET?
Up_TVET adalah satu sistem application kursus TVET berpusat secara online yang dibangunkan bagi memudahkan proses permohonan untuk memilih program TVET yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan TVET di Malaysia
2. Apa itu program TVET?
TVET adalah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical & Vocational Education and Training). TVET lebih dikenali sebagai kursus dalam bidang kemahiran
3. Jika kursus yang hendak dimohon tiada di portal UP_TVET, apakah tindakan yang boleh diambil?
Setiap penawaran kursus di portal UP_TVET ditetapkan oleh penyedia latihan TVET. Pemohon boleh menghubungi penyedia latihan TVET yang menawarkan kursus tersebut.
4. Bolehkah saya mengubah kursu yang dimohon setelah permohonan dihantar?
Calon tidak boleh mengubah atau meminda kursus yang telah dimohon.
5. Bolehkah saya hanya memohon kursus kurang atau lebih daripada tiga pilihan?
Calon perlu memilih sekurang-kurangnya tiga (3) kursus sebelum dapat menghanta permohonan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau masalah menggunakan Portal UP_TVET, sila hubungi:
- Talian Hotline UP_TVET : 019 2318 243/264/291
- emel : up_tvet@mohr.gov.my
- FAQ Permohonan Portal UP_TVET
- Manual Pengguna Portal UP_TVET
Semoga perkongsian panduan Permohonan Kursus TVET Online Ambilan Januari 2025 ini membantu para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET dan seterusnya bekerja di dalam bidang yang diminati.
Rel : permohonan boleh dibuat melalui portal, dibuka bermula,