Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu (BM)
Setiap pelajar pastinya mengimpikan markah yang tinggi bagi subjek Bahasa Melayu (BM). Oleh itu, langkah pertama yang perlu diambil ialah dengan mengurangkan kesalahan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Hal ini kerana kesilapan-kesilapan mudah seperti kesalahan tatabahasa dan ejaan dalam karangan akan menjejaskan markah keseluruhan. Dengan latihan tubi dan bimbingan yang baik, kesalahan ini dapat dikurangkan sekali gus dapat meningkatkan potensi untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam subjek ini.
Selain pengisian yang tepat dan bagus, penulisan karangan yang cemerlang perlu mengandungi ciri-ciri pengolahan bahasa yang menarik, pengenalan/ pendahuluan terbaik, mempunyai unsur-unsur keindahan, kepelbagaian struktur ayat dan peribahasa. Dengan meminimakan kesalahan dalam karangan, para pelajar dapat menghasilkan sebuah karangan yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik dan lancar, kosa kata yang luas serta tanda baca yang betul. Antara kesalahan lazim yang dilakukan ialah kesalahan frasa jamak atau penggunaan tatabahasa. Oleh yang demikian, para pelajar perlu memahami dan mangenal pasti kesalahan bahasa yang lazim dalam penulisan karangan Bahasa Melayu agar dapat mempratikkan tips ini dalam penulisan masing-masing.
Jenis Kesalahan Bahasa Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu
Berikut adalah bentuk kesalahan-kesalahan yang lazim dilakukan oleh pelajar ketika menjawab soalan penulisan karangan bahasa Melayu dan cara penulisan yang betul :
Kesalahan Ejaan
Salah
Betul
Mengalakkan
Menyakinkan
Mengenegahkan
Kebaikkan
Kenaikkan
Was-was
Di tubuhkan
Disana
Beristirehat
Rumahtangga
Resepi
Tanggung jawab
Menggalakkan
Meyakinkan
Mengetengahkan
Kebaikan
Kenaikan
Waswas
Ditubuhkan
Di sana
Beristirahat
Rumah tangga
Resipi
Tanggungjawab
Kesalahan Penggunaan Kata ialah Dan adalah
Salah
Betul
Cara belajar yang bijakialah dengan membina jadual.
Impian saya adalah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
Cara belajar yang bijakadalah dengan membina jadual.
Impian saya ialah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
Kesalahan Penggunaan Kata ia
Salah
Betul
Tempat ini menjadi pilihan saya kerana ia memiliki keistimewaan yang tersendiri.
Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tanah tinggi ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.
Tempat ini menjadi pilihan saya keranakawasan ini memiliki keistimewaan yang tersendiri.
Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tempat ini memiliki keistimewaan yang tersendiri
Kesalahan Penggunaan Kata Hubung
Salah
Betul
Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah kerana negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik
Salah satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik
Kesalahan Penggunaan Penanda Wacana
Salah
Betul
Hal ini kerana
Justeru itu
Oleh kerana itu
Sehubungan itu
Selain daripada itu
Selain dari itu
Hal ini demikian kerana
Oleh itu
Oleh sebab itu/oleh itu
Sehubungan dengan itu
Selain itu
Selain itu
Kesalahan Frasa Nama
Salah
Betul
Mini bas
Goreng pisang
Tempat meletak kereta
Seni mempertahankan diri
Pusat membeli-belah
Tapak membuang sampah
Bas mini
Pisang goreng
Tempat letak kereta
Seni pertahanan diri
Pusat beli-belah
Tapak pembuangan sampah
Kesalahan Frasa Kerja
Salah
Betul
Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar anak-anak tidak berasa tersisih.
Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi negara.
Pihak persatuanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.
Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih.
Gejala bumi menambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi negara.
Pihak persatuan merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini
Kesalahan Frasa Adjektif
Salah
Betul
Ibu bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar anak-anak tidak berasa tersisih.
Gejala buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi negara.
Pihak persatuanmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.
Ibu bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak berasa tersisih.
Gejala bumi menambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi negara.
Pihak persatuan merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini
Kesalahan Frasa Jamak
Salah
Betul
Antara maklumat-maklumat.
Himpunan kata-kata.
Longgokan kayu-kayu.
Deretan rumah-rumah.
Kebanyakan barang-barang.
Antara maklumat.
Himpunan kata.
Longgokan kayu.
Deretan rumah.
Kebanyakan barang.
Kesalahan Penggunaan Penjodoh Bilangan
Salah
Betul
Sebuah keluarga
Sebuah mimpi
Satu keluarga
Suatu mimpi
Kesalahan Kata Kerja Berapitan Diper-…i
Salah
Betul
Diperolehi
Diperbaiki
Diperkuasai
Diperdalami
Diperakui
Dipersetujui
Diperhalusi
Diperoleh
Dibaiki
Dikuasai
Didalami
Diakui atau diperakukan
Disetujui
Dihalusi
Kesalahan Kata Kerja Berapitan Ber-…-an (jumlah subjek yang banyak)
Salah
Betul
Lampu-lampu merah bergantungan di dinding.
Bintang-bintangbertaburan di langit.
Daun-daun kering berguguran di halaman rumah.
Lampu merah bergantungan di dinding.
Bintang bertaburan di langit.
Daun kering berguguran di halaman rumah.
Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Berapitan Memper-…-i
Salah
Betul
Memperolehi
Memperbaiki
Memperkuasai
Memperdalami
Memperakui
Mempersetujui
Memperhalusi
Memperoleh
Membaiki
Menguasai
Mendalami
Mengakui
Menyetujui
Menghalusi
Kesalahan Bahasa Kerana Meninggalkan Imbuhan
Salah
Betul
Ibu bapa lebih pentingkan kerjaya.
Pelajar yang kerap timbulkan masalah di sekolah.
Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya.
Pelajar yang kerap menimbulkan masalah di sekolah.
Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama
Salah
Betul
Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong dalam negeri sendiri.
Sebab itulah Genting Highlands juga digelar “Taman Tema Sekeluarga”.
Bersempena dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong di dalam negeri sendiri.
Oleh sebab itulah Genting Highlands juga digelar “Taman Tema Sekeluarga”.
Kesalahan Penggunaan Ungkapan Yang Mana Dan Di Mana Sebagai Kata Hubung
Salah
Betul
Saya telah membaca berita di mana kejayaan anda disiarkan.
Kejayaan anda itu yang mana saya akan jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.
Saya telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda.
Kejayaan anda itu akan saya jadikan pendorong untuk menulis cerpen-cerpen yang lain.
Kesalahan Kerana Menggunakan Ungkapan Ini Kerana Pada Permulaan Ayat
Salah
Betul
Ini kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.
Hal ini dikatakan demikian kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.
Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif
Salah
Betul
Rencana-rencana itu saya akan bukukan.
Kisah itu anda telah riwayatkan dengan jelas.
Rumah itu sedang mereka dirikan bersama-sama
Rencana-rencana itu akan saya bukukan.
Kisah itu telah anda riwayatkan dengan jelas.
Rumah itu sedang didirikan oleh mereka bersama-sama.
Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar mengenal pasti kesalahan bahasa yang lazim dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.