BPKP
Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 (Jom Masuk U)

Apakah destinasi pelajar selepas mengambil peperiksaan SPM, STPM dan setaraf dengannya? Sekiranya persoalan tersebut menjadi tanda tanya kepada diri anda, ibu bapa, ahli keluarga atau sahabat terdekat maka anda digalakkan untuk menyertai Karnival Jom Masuk U (dikenali juga sebagai Karnival Pendidikan Tinggi Negara – KPTN). Bagi penganjuran tahun 2025, Karnival Jom Masuk U akan dilangsungkan sepanjang bulan Februari dan Mei di 10 buah lokasi seluruh Malaysia, sepuluh lokasi. Berikut dikongsikan jadual Karnival Jom Masuk U 2025 meliputi tarikh serta lokasi diadakan untuk panduan semua.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal menganjurkan karnival bagi calon-calon lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya untuk mendapatkan maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). Pelbagai info dan maklumat yang akan dikongsikan oleh wakil-wakil IPT yang terbabit seperti Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Malaysia (ILKA). Pelajar juga berpeluang berurusan dengan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) yang menguruskan Sistem UPU dan juga penganjur karnival ini.
Isi Kandungan
Tarikh Dan Lokasi Karnival Jom Masuk U 2025 (Karnival Pendidikan Tinggi Negara – KPTN)
Untuk makluman semua, Karnival Jom Masuk U mempunyai objektif dimana pelajar boleh bersemuka dengan wakil daripada IPT sepanjang pameran diadakan bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan program-program pengajian yang ditawarkan.
Maka, sebelum membuat permohonan kemasukan ke IPT secara online melalui UPU, pelajar boleh menyelidik dahulu tentang manfaat dan implikasi dalam memilih bidang pelajaran yang diinginkan. Pengunjung Karnival Jom Masuk U akan mendapat faedah seperti:
- Mendapatkan info mengenai IPT dalam negara serta pelbagai program pengajian yang ditawarkan.
- Dapat membandingkan pilihan program pengajian yang ditawarkan oleh IPT berdasarkan kelayakan akademik pelajar.
- Memberikan idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan hala tuju yang jelas berkenaan pengajian dan karier pelajar.
- Membantu pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam memilih IPT.
- Boleh mendapatkan nasihat tentang pemilihan program pengajian dari wakil IPT.
Berikut akan dikongsikan maklumat penting seperti tarikh, lokasi dan jadual Karnival Jom Masuk U bagi tahun 2025:
Jadual Karnival Jom Masuk U Tahun 2025 | |||
Zon | Negeri | Tarikh | Lokasi |
1 | Pahang | 22 – 23 FEB 2025 | Grand Hall, Office of Campus Director, UIAM Kuantan |
2 | Sabah | 19 – 2o APR 2025 | Kompleks Sukan Sandakan |
3 | Terengganu | 19 – 2o APR 2025 | UniSZA, Kampus Gong Badak |
4 | Sarawak | 26 – 27 APR 2025 | Boulevard Shopping Mall, Bintulu, Sarawak |
5 | Pulau Pinang | 26 – 27 APR 2025 | Dewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang (Kampus Induk) |
6 | Melaka | 3 – 4 MEI 2025 | Dewan Canselor, UTeM, Ayer Keroh, Melaka |
7 | Sarawak | 3 – 4 MEI 2025 | Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak |
8 | Selangor | 10 – 11 MEI 2025 | Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Kampus Bangi, UKM |
9 | Sabah | 10 – 11 MEI 2025 | Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke -2 UMS |
10 | Perak | 17 – 18 MEI 2025 | Dewan Merdeka, Pusat Konvensyen, Manjung |
Karnival Jom Masuk U akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada tarikh yang ditetapkan mengikut zon dan masuk adalah percuma.
Selain itu, pelajar yang ingin berkunjung juga digalakkan membawa bersama keputusan akademik pelajar bagi membantu proses pemilihan program-program pengajian yang ditawarkan.
Maklumat Lanjut
Kepada pengunjung atau sesiapa sahaja yang mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan Karnival Jom Masuk U, anda boleh melayari:
Anda juga boleh hubungi BPKP UPU yang beroperasi jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di talian helpline berikut:
- 03-8870 8200
Diharapkan perkongsian berkenaan jadual Karnival Jom Masuk U 2025 dapat membantu semua terutamanya calon-calon lepasan SPM, STPM dan setaraf denganya yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.