Informasi

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah (Video & Maksud)

Tahun baru Hijrah bagi umat Islam bermula pada bulan Muharam. Tarikh ini menandakan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa yang cukup bersejarah ini telah diambil sebagai permulaan kiraan bagi Kalendar Hijrah. Di Malaysia, kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah dengan membaca Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah. Berikut dikongsikan Video bacaan doa beserta maksud untuk panduan semua umat Islam.

Pada 1 Muharam, umat Islam digalakkan untuk berdoa sebagai tanda syukur terhadap segala perkara yang berlaku pada tahun sebelum dan memohon kebaikan untuk tahun yang akan datang. Waktu yang mustajab untuk berdoa ini wajar kita manfaatkan dengan membaca doa yang berkaitan. Tambahan pula, Awal Muharam merupakan cuti umum di seluruh negara.

Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah (Video & Maksud)

Selain daripada bacaan doa di atas, kita juga digalakkan untuk berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam sebagai amalan sunat dilakukan pada bulan Muharam.

Tarikh yang juga dikenali sebagai Hari Asyura (10 Muharam) menandakan pelbagai nilai sejarah bagi umat Islam dan 9 Muharam disunatkan berpuasa sebagai mukhalafah untuk membezakan antara kaum Yahudi yang juga berpuasa pada 10 Muharam.

Daripada Abu Hurairah dalam Hadith Marfu’ telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas puasa di bulan Ramadhan? Nabi menjawab: Sebaik-baik solat selepas solat yang difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (Bulan-bulan haram). Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tarmizi, Al-Nasai’e dan Ibnu Majah.

Amalan bacaan doa sempena kedatangan tahun baru Hijrah lazimnya diadakan bermula pada penghuung waktu Asar atau sebelum waktu mahrib pada akhir bulan Zulhijjah. Bacaan doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada waktu tersebut. Diikuti dengan bacaan doa awal tahun yang dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharam.

Doa Akhir Tahun Hijrah

doa-akhir-tahun-arab

Bacaan Rumi:

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Maa ‘Amilna Fii Hazihis-sanati Mimma NahaiTana ‘Anhu, Falam Natub Minhu Walam TarDhoHu Walam TanSaHu
WahaLumTa ‘AlaiNa Ba’da QudRotika, ‘Ala ‘UQuuBatiNaa, Wada-‘UtaNa Ilat-taubati Minhu Ba’da Jur-AaTina ‘Alaa Ma’-Siyatika
FainNana NasTaghFiruka FaghFirLana, Wamaa ‘Amilna FiiHaa Mimma TarDhoHu Wawa ‘AdTana ‘AlayHis-TsaWab, FanasAlukallaHumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikram
An TataQobBalahu Minna Walaa TaqTogh RajaaAna Minka Ya Karim,

Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Maksud Doa

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, segala yang telah kami kerjakan selama ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan kasih SayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.

Kerana itu ya Allah, kami mohon ampunanMu dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahanMu.

Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami memohon kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, Wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, berikan kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di Akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Keluarga dan sahabatnya.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Doa Awal Tahun Hijrah

doa-awal-tahun-arab

Bacaan Rumi:

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain

Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul Awwal, Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal Mu-Awwal
Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala ‘Alaina, NasAlukal ‘Ismatafiihi Minassyaitaanir-rajim Wa Auliyaaihi Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil Ammarati Bissu’i Wal Isyta-rgholi Bima Yuqorribuna Ilaika Zulfa.
Ya Dzaljalaali Wal Ikram, Ya Arhamar-rohimiin,

Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Maksud Doa

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan dermawanMu tempat bergantung.

Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala tenteranya.

Dan kami memohon pertolongan  untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka.

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan  kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan sahabatnya.

Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.

Video Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah

Berikut adalah contoh bacaan doa yang boleh ditonton sebagai panduan:

Antara kepentingan amalan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah ini, kita dapat bermuhasabah diri dan melihat semula amalan yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu. Ini adalah masa untuk memohon keampunan dari Allah SWT atas segala kesilapan dan kekurangan serta berazam untuk memperbaiki diri di tahun akan datang.

Selain itu, umat Islam juga berdoa untuk memohon perlindungan daripada segala keburukan dan gangguna syaitan serta petunjuk dan bantuan Allah dalam meniti ke tahun baru dengan penuh keimana dan ketakwaan.

Perkara ini jelas dengan konsep hijrah sepertimana hijrah Nabi Muhammad SAW yang berpindah untuk membuka lembaran baru ke arah yang lebih baik. Sebagai umat Islam pada hari ini, kita seharusnya berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat supaya tauladan yang baik menjadi ikutan kepada generasi akan datang.

Rel : الن ف اغ ف ر ل ي و م ا ع م ل ت ف ي
ص م و ح ل م ت
ظ ي و ح ل م ت
ام ج د ق د أ ق ب ل
ص م ا ع م ل ت ف ي