Sekolah

Cara Daftar Kemasukan Murid Ke Tahun 1 2025-2026 Online (Darjah Satu)

Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2017 boleh membuat pendaftaran permohonan murid ke tahun 1 sekolah kerajaan untuk tahun 2025-2026. Berikut dikongsikan cara daftar murid tahun 1 secara permohonan online buat panduan semua mereka yang terlibat tidak kira di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah/ Sarawak.

Proses pembelajaran peringkat sekolah rendah akan bermula di Tahun 1 setelah murid tamat PraSekolah. Ianya tamat di tahun 6 iaitu selepas tamat menduduki peperiksaan UPSR. Seterusnya murid akan memasuki sekolah menengah untuk menduduki peperiksaan PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pendaftaran Murid Ke Tahun 1 Tahun 2025/ 2026 Secara Online 

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) atau Darjah 1 ke Sekolah Rendah Kerajaan melibatkan sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan W.P labuan bagi sesi 2025/2026.

Ibu bapa atau penjaga murid yang melepasi syarat kelayakan boleh membuat permohonan menggunakan sistem aplikasi borang pendaftaran atas talian di Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam atau ringkasnya MOiES KPM (idme.moe.gov.my).

Tarikh Penting Pendaftaran Murid Tahun 1 2025-2026

Borang Pendaftaran Murid ke Tahun 1 sesi 2025 / 2026 akan dibuka secara online bermula dari tarikh berikut :-

  • 2 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024 (Tarikh buka dan tutup)

Pemohon adalah dinasihatkan untuk mendaftar permohonan pendaftaran secara online pada tarikh yang dinyatakan bagi membolehkan permohonan kemasukan diproses.

Syarat Kelayakan Daftar Murid Tahun 1 2025/ 2026

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh kelahiran seperti berikut :

  • Lahir pada 2 Januari 2018 sehingga 1 Januari 2019

Cara Membuat Permohonan Murid Tahun Satu (1) Online

Berikut adalah cara membuat pendaftaran murid ke Tahun 1 Sekolah Kerajaan untuk negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah & Sarawak yang boleh dibuat seperti berikut :-

i) Sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak Dan WP Labuan

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan sistem aplikasi pendaftaran secara atas talian/ online iaitu di Sistem Pengurusan Identiti (IDME KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-

Langkah-langkah untuk membuat daftar murid Tahun 1 secara online adalah seperti berikut:-

  1. Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan (menggunakan id pengguna)
  2. Untuk pengguna baru IDME KPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA. mengunakan ID pengenalan penjaga
  3. Cara daftar dan mendapatkan kata laluan boleh dirujuk di Manual Pengguna

Pemohon boleh memulakan pengisian borang permohonan secara online dengan memberikan maklumat yang perlu diisi seperti berikut :-

  1. Maklumat prasekolah/ tadika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak

ii) Langkah Permohonan eDaftar Tahun 1

  1. Layari laman IDME KPM
  2. Pada paparan utama, klik tab Aplikasi dan pilih Modul Pengurusan Awam
  3. Klik Pengurusan Profil dan kemaskini Maklumat Peribadi, Maklumat Pasangan, Maklumat Anak Jagaan dan klik Simpan selepas selesai kemaskini secara lengkap
  4. Kemudian klik Permohonan Kemasukan dan klik pada Permohonan Kemasukan Tahun 1
  5. Klik Mohon pada nama anak yang dipaparkan
  6. Pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal yang didaftarkan.
  7. Muat naik dokumen-dokumen mengikut format dan saiz yang ditetapkan.
  8. Buat pengesahan permohonan dan klik Cetak Permohonan
  9. Borang sokongan perlu dicetak dan dihanta sekali dengan borang permohonan
  10. Untuk panduan lebih terperinci, rujuk Manual Pendaftaran Tahun 1

iii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan dari pihak sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat.

Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  7. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

Soalan Lazim FAQ Permohonan Murid Tahun 1

Berikut dikongsikan beberapa soalan lazim yang selalu ditanya oleh orang ramai berkaitan permohonan Pendaftaran Murid ke Tahun 1:-

  1. Tiada pendaftaran di https://public.moe.gov.my, pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 hanya dibuka di https://idme.moe.gov.my.
  2. Pendaftaran yang telah dibuat di https://public.moe.gov.my akan dipindahkan ke dalam sistem https://idme.moe.gov.my. Ibu, bapa atau penjaga hanya perlu mengemas kini pada 2 Mei hingga 30 Jun 2024 dengan menekan butang kemas kini
  3. Ibu bapa/ penjaga yang telah menghantar borang perakuan sekolah yang dimohon sebelum ini tidak perlu menghantar borang semula selepas membuat kemaskini
  4. Sekiranya ibu, bapa atau penjaga mengemas kini dan memilih sekolah baharu, borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu
  5. Semakan keputusan permohonan penempatan Tahun 1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2024
  6. Untuk membuat sebarang pertanyaan, ibu bapa atau penjaga boleh berhubung terus pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran

Kemaskini Maklumat Ibu Bapa Dan Penjaga Secara Dalam Talian

Kebiasaannya, bermula sahaja sesi persekolahan guru kelas akan mengedarkan borang maklumat murid. Tapi bermula 11 Januari 2021, ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah kini perlu mengemaskini maklumat ibu bapa dan penjaga melalui online sahaja. Lebih mudah dan sistematik. Apa yang perlu dibuat?

  1. Layari website https://public.moe.gov.my
  2. Ini website yang sama kita guna masa daftarkan anak masuk Tahun 1. Ingat lagi tak tu? Kalau tak ingat, try masukkan no IC/LUPA KATA LALUAN. IC ibubapa/ penjaga dan bukannya IC anak.
  3. Mana2 parents yang dah ada account, boleh log in terus. Masukkan no IC dan password. Mana-mana yang belum ada account, tekan dekat PENGGUNA BARU. Kemudian, isi lah apa yang patut.

Sebagai ibu bapa, isilah maklumat dengan jujur, benar dan sahih supaya tidak timbul sebarang kekeliruan kepada pihak sekolah nanti.

Sumber daripada Pn. Nur Diana Md Yusof

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-

  • E-mel: supportidMe@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
  • Unit ICT.
  • E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia beserta alamat dan no telefon serta laman web yang boleh dirujuk adalah seperti berikut :-

Check Status Pendaftaran Murid Tahun 1 2025-2026 Online

Berdasarkan kepada rekod tarikh tahun lepas, status pendaftaran Tahun 1 akan diumumkan sekitar bulan Oktober 2023.

Untuk murid yang berjaya dalam permohonan, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa bersama pada hari pertama penggal persekolahan bermula.

  • Pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan/ pendaftaran boleh membuat rayuan selepas status pendaftaran murid tahun 1 diumumkan

Semoga perkongsian cara Daftar Murid Tahun 1 ambilan 2025 – 2026 Online (Darjah Satu) boleh dijadikan panduan buat semua terutama mereka yang pertama kali membuat permohonan secara online. Semoga permohonan anda berjaya diluluskan.

Related : mendaftarkan anak, kemasukan ke tahun 1, secara manual, sebarang pertanyaan, tahun 1 sesi persekolahan