Karangan

Langkah & Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

Contoh-contoh karangan yang dikongsikan merangkumi pelbagai jenis topik dan tema. Variasi soalan ini adalah untuk menguji kemampuan para pelajar untuk memberikan isi-isi penting dan huraian yang menarik agar dapat menjawab soalan dengan tepat serta penggunaan bahasa yang betul. Berikut adalah contoh karangan cara-cara menangani masalah penyakit berjangkit yang menjadi isu penting untuk dibincangkan dan dipertimbangkan oleh para pelajar.

Topik yang seringkali diberikan adalah bertemakan masyarakat atau isu yang berlaku dalam dan luar negara. Justeru, bimbingan dan panduan guru dalam merujuk contoh dibawah diperlukan agar penulisan karangan pelajar menepati kehendak soalan. Karangan yang menarik juga terdapat peribahasa dan frasa-frasa menarik yang mampu memukau pembaca.

Pada Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan bagi pengawalan jangkitan virus influenza mers cov covid-19 yang mula dikesan di Malaysia.  Keputusan ini telah diambil sebagai langkah pencegahan penularan wabak jangkitan kerana jangkitan virus ini mudah dijangkiti dan mengancam nyawa orang ramai.

Tempoh kuarantin selama 14 hari bagi mereka yang pulang dari negara luar menunjukkan tanda-tanda yang baik apabila bilangan kes turun secara berperingkat. Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia juga berjaya mendapatkan rawatan menangani penularannya dan melawan virus yang merbahaya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Langkah Dan Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

peta minda cara tangani masalah penyakit berjangkit Langkah & Cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

Isi-isi penting

  • memastikan kebersihan diri dan persekitaran terjamin
  • mengamalkan gaya hidup sihat
  • mengawal kemasukan pelancong dan buruh asing
  • memeriksa bahan-bahan import
  • sentiasa membuat penyelidikan
  • melupuskan ancaman dengan segera

Baca juga: Koleksi Peribahasa Melayu Serta Maksudnya

Contoh Karangan Cara-Cara Menangani Penularan Wabak Penyakit

Pendahuluan

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini kita dapat menyaksikan peningkatan kes-kes penularan penyakit di dalam negara mahupun di seluruh pelusuk dunia. Ianya dikategorikan sebagai subset penyakit yang boleh ditularkan dan berjangkit kepada orang lain. Ia mampu merebak melalui laluan udara dan juga melalui hubungan fizikal. Polemik yang semakin membimbangkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya ini umpama duri dalam daging. Rentetan itu, kita wajar untuk mengenal pasti cara terbaik untuk menangani masalah ini untuk daya tahan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Persis kata mutiara, mencegah lebih baik daripada merawat.

Isi 1

Perkara utama dalam menghadapi isu global ini adalah tindakan setiap individu dalam masyarakat untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Kebersihan diri adalah nilai penting yang wajib diamalkan oleh semua manusia kerana kekotoran adalah punca kepada penularan ini. Setiap ahli masyarakat dalam kalngan kanak-kanak dan dewasa perlu mengutamakan kebersihan diri dengan membuang sampah di tempat yang betul, sentiasa mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan memilik restoran yang memiliki tahap kebersihan terbaik. Aktiviti bergotong-royong dalam membersihkan kawasan perumahan dan tempat-tempat awam perlu sentiasa dianjurkan agar kebersihan dijaga di samping hubungan kemasyarakatan dapat dieratkan. Maka, kita perlu sentiasa mengingatkan diri dan orang sekeliling supaya menitik beratkan aspek kebersihan diri dan persekitaran dalam kehidupan seharian.

Isi 2

Cara lain dalam mencegahnya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Masyarakat yang inteligensia adalah masyarakat yang mempraktikkan gaya hidup sihat kerana manfaatnya yang besar bukan sahaja pada diri malahan berfaedah untuk negara. Gaya hidup sihat merangkumi pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti riadah atau bersukan. Aktiviti ini yang dilakukan pada waktu lapang ini akan memanfaatkan diri individu tersebut. Mereka akan terhindar dari wabak dan tahap imunisasi badan lebih kuat berbanding individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Tambahan pula, pemakaian kondom dalam pelakuan seks suka sama suka juga adalah penting sebagai langkah kebersihan dan mengelakkan penyakit yang tiada penawar sehingga hari ini iaitu HIV dan AIDS. Justeru, pendidikan dan kempen kesedaran perlu digiatkan dalam melibatkan semua lapisan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah menangani masalah yang kian meningkat masa kini.

Isi 3

Selain itu, ianya juga berpotensi dibawa oleh pelancong atau buruh asing. Pihak berkuasa bertanggungjawab untuk memperketatkan kawalan kemasukan pelancong dan buruh asing ke dalam negara. Pelancong asing mempunyai risiko rendah berbanding buruh asing yang akan menetap lebih lama dan berisiko bergaul dengan masyarakat tempatan. Oleh itu, saringan kesihatan perlu diwajibkan dan penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) perlu diperkasakan. Amalan kebersihan mereka mungkin berbeza daripada kita jadi, pihak yang bertanggungjawab membawa buruh asing ini perlu memastikan kebajikan pekerja mereka dijaga dengan baik. Kesannya, kita dapat menjamin kesihatan kita di samping menyemarakkan ekonomi dengan kawalan yang baik ke atas kemasukan pelancong dan buruh asing.

Isi 4

Akhir sekali, cara-cara menangani adalah dengan memeriksa setiap bahan import yang masuk ke dalam negara. Hal ini kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti peristiwa yang telah berlaku dahulu di negara China dimana berlaku serangan selesema burung yang serius. Pihak berkuasa perlu memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga perlu disaring dan dipastikan kebersihannya daripada sebarang keracunan dan wabak. Kerjasama antara agensi penguatkuasa dan kesihatan perlu dipereratkan agar tindakan ini dapat dijalankan dengan baik dan sekaligus memusnahkan ancaman wabak daripada luar.

Penutup

Kesimpulannya, terdapat banyak cara yang boleh diusahakan untuk menangani masalah ini di Malaysia. Tindakan melawan penyakit secara holistik oleh semua pihak akan menyumbang kepada penurunan kes ini seterusnya melahirkan negara yang bebas dari masalah ini. Media massa dan kerajaan berperanan besar dalam menyedarkan masyarakat kita akan kepentingan dan manfaat mencegah penularan wabak ini. Janganlah kita berfikiran jumud dalam perkara ini kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Peribahasa ini membawa maksud kita perlulah sedar dan mengambil tindakan segera ke atas perkara yang merbahaya ini agar tidak kesal akan akibatnya dikemudian hari.

Contoh 2

Dalam era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat di seluruh dunia. Penyakit berjangkit telah menjejaskan kesihatan manusia dan menjadi masalah kepada kita. Manusia tidak peka terhadap isu-isu yang serius ini menyebabkan penyakit berjangkit merebak dengan cepatnya. Kita mestilah mengambil berat terhadap masalah ini kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Persoalannya, apakah cara-cara menjauhi penyakit berjangkit? Perkara ini akan saya huraikan hingga akar umbi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat mestilah memakai penutup mulut dan hidung. Hal ini dikatakan demikian kerana bakteria akan terperangkap dalam penutup itu. Penyakit berjangkit tidak mudah menular antara satu sama lain. Setiap masyarakat patut menggunakan penutup mulut dan hidung semasa berada di tempat yang terbuka. Penutup ini boleh mengelakkan bakteria ini menular kepada orang lain juga boleh menjaga diri daripada bakteria. Hal ini merupakan sesuatu perlindungan kepada kita untuk menjaga kesihatan diri. Tegasnya, memakai penutup mulut dan hidung dapat mengatasi masalah penyakit berjangkit untuk merebak.

Selain itu, masyarakat boleh menggunakan pensanitasi tangan semasa berada di luar rumah. Pensanitasi tangan ini dapat membunuh bakteria yang berada pada tangan kita. Kita haruslah sentiasa memastikan tangan kita adalah bersih supaya bakteria ini tidak akan menyerang badan kita. Pihak berkuasa haruslah menyediakan pensanitasi tangan sebagai kemudahan awam kepada setiap masyarakat. Oleh itu, kita boleh menjaga kesihatan diri pada bila-bila masa sebelum nasi menjadi bubur. Kita haruslah mengelakkan tangan kita daripada menyentuh pancaindera supaya bakteria tidak akan memasuki ke dalam badan kita. Pendek kata, pensanitasi tangan amat penting kepada kita untuk memastikan tangan kita sentiasa bersih dan menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit.

Di samping itu, manusia haruslah mematuhi penjarakan sosial antara satu sama lain. Kita mestilah sentiasa menjarakkan diri semasa berada di luar rumah. Kita mestilah menghentikan semua aktiviti luar untuk memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan. Contohnya, pihak kerajaan telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sepanjang dua bulan. Penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cepat jika setiap masyarakat mematuhi arahan yang telah diberi oleh pihak berkuasa. Setiap masyarakat mestilah bersatu padu untuk mengawal penularan wabak ini kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelaslah bahawa, kita bertanggungjawab mematuhi penjarakan sosial ini untuk menjauhi penyakit berjangkit.

Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit. Pihak kerajaan haruslah bijak memberikan arahan yang betul kepada masyarakat untuk mengawal penularan wabak di negara kita. Setiap masyarakat mestilah berganding bahu bagai aur dengan tebing dan mematuhi segala arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan supaya kes penyakit berjangkit dapat dikurangkan. Saya berharap agar penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cepatnya supaya setiap masyarakat akan hidup dengan gembiranya. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit berjangkit daripada mendadak.

Kredit : Cikgu Tan CL

Related : akta pencegahan cirit birit kesihatan awam 1988 kejadian penyakit, jenis penyakit kesihatan awam kes penyakit pengawalan penyakit pakar perubatan untuk mencegah kedua duanya penyakit yang disebabkan, jangkitan penyakit penyakit berjangkit 1988 kejadian kes batuk atau bersin influenza a h1n1 melaporkan kejadian, demam denggi, secara berkala, pembiakan nyamuk,