Nota

Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM (Download Dalam PDF)

Berita baik kepada pelajar Tingkatan 1 yang bersekolah di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kini, anda boleh memuat turun salinan buku teks digital bagi tujuan rujukan, bahan bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran yang lain dengan mudah. Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan dan pautan muat turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM (Digital) sebagai rujukan untuk semua termasuk guru-guru.

Buku yang ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini mengandungi lapan bab yang bertemakan Sejarah Kita dan Dunia. Isi kandungannya terdiri daripada Pengenalan Ilmu Sejarah, Zaman Air Batu, Zaman Prasejarah serta Tamadun Dunia dan sumbangannya. Pembelajaran sejarah dilaksanakan secara kronologi supaya murid memahami proses perkembangan masyarakat dunia.

Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM (Muat Turun Dalam PDF)

Berikut dikongsikan sukatan bab dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 dan pautan muat turun Buku Teks Tingkatan 1 KSSM (Sejarah) Digital dalam bentuk PDF khusus untuk pelajar dan guru. Buku teks digital dapat membantu guru dan juga pelajar bagi persediaan untuk menduduki peperiksaan serta persiapan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Sukatan Bab Sejarah Tingkatan 1

Di bawah adalah bab dan subtopik yang akan dipelajari oleh pelajar Tingkatan 1 dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan Buku Teks digital Sejarah:

Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5

Bab I Mengenali Sejarah

Sejarah merupakan disiplin ilmu tentang peristiwa masa lampau. Penulisan sejarah adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan terhadap sumber sejarah. Kepelbagaian sumber dan kajian sejarah menyebabkan wujudnya pelbagai tafsiran dalam sejarah. Sejarah amat penting dalam memupuk semangat cinta akan negara demi meneruskan ketamadunan negara kita.

  • Pengertian Sejarah
  • Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
  • Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah
  • Sumber Sejarah
  • Penyelidikan dalam Sejarah
  • Tafsiran dalam Sejarah
  • Kepentingan Mempelajari Sejarah

Pelajar akan mempelajari :

  • Memahami pengertian sejarah secara umum
  • Memahami pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan, seperti Herodotus, E.H. Carr, Ibn Khaldun dan Muhd Yusof Ibrahim
  • Mengenali konsep masa silam dan ruang dalam sejarah
  • Memahami sumber sejarah
  • Memahami kaedah penyelidikan sejarah
  • Memahami pentafsiran sejarah
  • Memahami kepentingan mempelajari sejarah

Apakah elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang anda dapati?

  • Menjelaskan kepentingan menghargai masa dalam kehidupan seharian
  • Merumuskan kepentingan menghargai peristiwa sejarah negara kita
  • Menjanakan idea cara memelihara warisan negara kita
  • Menerangkan kepentingan mengaplikasi ilmu sejarah dalam kehidupan

Bab II Zaman Air Batu

Dunia pada hari ini wujud kesan daripada perubahan fizikal bumi yang berlaku semenjak jutaan tahun dahulu. Perubahan fizikal bumi dipengaruhi oleh iklim. Pada awalnya, bumi mengalami suhu yang amat sejuk. Bumi pada masa itu dikenali sebagai Zaman Air Batu yang wujud dalam garis masa antara 2.5 juta tahun hingga 10,000 tahun.

Perubahan suhu bumi yang sejuk kepada panas menyebabkan berlakunya kecairan air batu. Perubahan ini menyebabkan bumi mengalami beberapa tahap peralihan zaman yang menyebabkan suhu bumi berada pada suhu hari ini. Bumi juga mengalami banyak perubahan dan perkembangan hidupan seperti yang wujud sehingga hari ini.

  • Dunia Kita
  • Zaman Air Batu
  • Garis Masa Zaman Air Batu
  • Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir
  • Perubahan Zaman Air Batu
  • Kesan Perubahan Zaman Zaman Air Batu di Asia Tenggara

Bab III Zaman Prasejarah

Zaman Prasejarah merupakan zaman yang melihat tahap perubahan pencapaian dan kemajuan manusia. Perbincangan tentang zaman ini dimulakan dengan maksud Zaman Prasejarah dan lokasi zaman tersebut. Perbincangan akan merangkumi aspek ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah. Seterusnya, perbincangan akan memfokuskan sumbangan zaman ini kepada kemajuan kehidupan manusia.

Bab ini turut membincangkan tinggalan manusia Zaman Prasejarah di Malaysia. Pemahaman terhadap Zaman Prasejarah menyedarkan kita bahawa tamadun dan sejarah manusia sentiasa mengalami perubahan dan kesinambungan.

  • Maksud Zaman Prasejarah
  • Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia
  • Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah
  • Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia
  • Pengenalan Zaman Prasejarah di Malaysia

Bab IV Mengenali Tamadun

Tamadun merupakan proses meningkatkan kemajuan kehidupan manusia menjadi lebih baik. Pada umumnya, bahasa Yunani, bahasa Inggeris dan bahasa Arab menakrifkan tamadun sebagai pencapaian kemajuan manusia.

Tamadun awal manusia bermula di lembah sungai dan terus berkembang sehingga hari ini. Pertambahan jumlah penduduk yang ramai di kawasan lembah sungai telah menyebabkan pembukaan bandar. Oleh itu, manusia telah melakukan inovasi dengan menggunakan kreativiti untuk menambah baik kehidupan mereka.

  • Maksud Tamadun
  • Konsep Tamadun
  • Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia

Bab V Tamadun Awal Dunia

Tamadun Awal Dunia bermula di Mesopotamia, Mesir Purba, Lembah Indus dan Huang He. Keempat-empat tamadun ini terletak di kawasan lembah sungai yang mempengaruhi perkembangan setiap tamadun tersebut. Interaksi manusia dengan cabaran alam sekitar telah membawa kepada peningkatan cara hidup. Masyarakat dalam tamadun awal dunia ini membuktikan manusia mampu membina negara-kota dan hidup di bawah sistem berkerajaan yang menjadi asas kepada perkembangan tamadun manusia pada hari ini.

  • Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia
  • Perbandingan Sumbangan Tamadun Awal

Bab VI Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom

Dalam bab terdahulu, kita telah membincangkan kemunculan dan perkembangan beberapa tamadun awal. Peningkatan pesat telah berlaku dalam pelbagai bidang dalam Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Kedua-dua tamadun ini mencapai pencapaian yang sangat baik dan cemerlang. Peningkatan ini berlaku dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran dalam Tamadun Yunani dan peningkatan bidang seni bina dalam Tamadun Rom.

  • Tamadun Yunani
  • Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani
  • Tamadun Rom
  • Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom

Bab VII Peningkatan Tamadun India dan China

Selain Tamadun Yunani dan Tamadun Rom, dua lagi tamadun utama ialah Tamadun India dan Tamadun China. Kedua-dua tamadun ini juga telah mencapai tahap kegemilangan yang tinggi dalam pelbagai bidang. Dalam Tamadun India, peningkatan tamadunnya ketara dalam aspek penyebaran kuasa dan agama. Kemunculan Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta dalam Tamadun India membuktikan bahawa dasar pemerintahan yang baik bukan sahaja akan membentuk kerajaan yang luas, malahan menjadi asas kepada keagungan sesebuah tamadun.

Dalam Tamadun China, peningkatan dalam bidang pendidikan telah menjadi warisan kekal tamadun tersebut. Dinasti Qin dan Dinasti Han menjadi penggerak utama kegemilangan Tamadun China yang dipengaruhi oleh dasar pentadbiran yang berkesan. Pencapaian tinggi oleh kedua-dua tamadun ini terus menjadi warisan sehingga kini.

  • Tamadun India
  • Tamadun China

Bab VIII Tamadun Islam dan Sumbangannya 

Zaman sebelum kedatangan Islam menampakkan corak hidup yang dibentuk tanpa kepimpinan nabi dan kitab suci  sebagai petunjuk. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Jahiliah. Zaman Jahiliah beransur-ansur berakhir dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW dan bermulalah tamadun baharu yang gemilang. Tamadun Islam telah berkembang seterusnya pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam lainnya, sehingga memberikan sumbangan besar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

  • Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
  • Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam
  • Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin
  • Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia
  • Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina

Muat Turun Buku Teks Digital Form 1 Sejarah

Anda boleh memuat turun buku teks digital bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 di pautan berikut:

Semoga perkongsian buku teks dalam bentuk digital di atas dapat memberi faedah kepada orang ramai sebagai sumber rujukan soalan peperiksaan. Selamat membuat ulangkaji pelajaran dan memahami mata pelajaran Sejarah dengan baik. Ia juga dapat membolehkan murid yang tidak mampu untuk membeli buku teks.

Related : bahasa inggeris pengenalan buku teks digital mencetak buku teks teknologi dan kandungan digital digital untuk penggunaan teknologi bidang pendidikan, bab 1 mengenali sejarah 1 pdf buku teks digital sejarah tingkatan 1 bumi gemilang digital sejarah kssm tingkatan, tingkatan 2, penting untuk