Nota
Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM PDF (Download Online)
Di bawah adalah perkongsian berkaitan Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM Digital PDF untuk rujukan pelajar dan guru-guru. Salinan digital ini dapat membantu anda untuk membuat pembelajaran atau pengajaran secara maya atau kendiri di rumah masing-masing. Pelajar boleh membuat ulang kaji dan rujukan untuk menyiapkan kerja rumah manakala guru boleh membuat persediaan sebelum menjalankan proses pengajaran di bilik darjah.
Buku teks yang ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bertujuan menyediakan murid untuk menghadapi globalisasi berasaskan ilmu pengetahuan abad ke 21. Buku teks ini juga mengandungi elemen-elemen istimewa seperti induksi bab, glosari dan imbasan QR Code sebagai nilai tambah dalam menarik minat minat murid untuk mendekati ilmu geografi serta menerapkannya dalam kehidupan seharian
Isi Kandungan
Buku Teks Digital Geografi (Download Online Dalam PDF)
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Geografi Tingkatan 2 menjadi penanda aras untuk penulisan buku teks ini.
KSSM telah digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berikut dikongsikan maklumat seperti tema, sukatan bab dan pautan untuk memuat turun Buku Teks subjek KSSM Digital PDF.
Tema Dan Bab Geografi Tingkatan 2
Di bawah merupakan tema serta bab yang disusun untuk pelajar Tingkatan 2 dalam mata pelajaran ini secara terperinci.
Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5
Tema Kemahiran Geografi
Bab I Skala dan Jarak
Aktiviti seharian anda memerlukan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang skala dan jarak adalah penting untuk memudahkan anda membuat perancangan yang tepat, terutamanya yang melibatkan kos dan masa.
- Skala
- Jarak
- Menentukan jarak sebenar menggunakan skala
- Menentukan jarak sebenar berpandukan skala pada peta
Pelajar akan mempelajari :
- Menyatakan jarak mutlak, jarak relatif, skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan
- Menerangkan jarak mutlak, jarak relatif, skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan
- Menggunakan skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan untuk menentukan jarak sebenar
- Menentukan jarak sebenar berpandukan skala pada peta
Bab II Peta Topografi
Penentuan sesuatu lokasi dalam peta topografi memerlukan pengetahuan asas seperti garisan timuran, garisan utaraan dan rujukan grid. Pentafsiran sesebuah peta topografi pula memerlukan anda untuk membuat perkaitan antara ciri pandang darat fi zikal dengan ciri pandang darat budaya.
Dalam bab ini, kedua-dua penentuan lokasi dan pentafsiran bakal dirungkai dengan lebih jelas dan mendalam untuk memantapkan kemahiran anda.
- Maksud peta topografi
- Garisan Timuran dan Garisan Utaraan
- Rujukan Grid
- Ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya
- Mentafsir peta topografi
Pelajar dapat :
- Menyatakan maksud peta topografi
- Mengenal pasti garisan timuran dan garisan utaraan dalam peta topografi
- Menyatakan rujukan grid
- Menerangkan perbezaan kegunaan rujukan grid 4 angka dan 6 angka
- Menunjuk cara membaca rujukan grid 4 angka dan 6 angka untuk menentukan kedudukan dalam peta topografi
- Menganalisis hubung kait ciri pandang darat fi zikal dan ciri pandang darat budaya dalam peta topografi
- Mentafsir peta topografi secara keseluruhan
Tema Geografi Fizikal: Cuaca dan Iklim
Bab III Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca dan Iklim
Bumi berputar di atas paksinya sambil beredar mengelilingi matahari. Pergerakan bumi ini telah mewujudkan pelbagai kesan terhadap cuaca dan iklim. Peredaran bumi mengelilingi matahari telah menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun di kawasan beriklim sederhana.
- Pergerakan Bumi
- Putaran Bumi
- Peredaran Bumi
Pelajar dapat :
- Mengenal pasti dua cara pergerakan bumi
- Menerangkan tentang putaran bumi dan peredaran bumi
- Menunjukkan kesan putaran bumi
- Menunjukkan kesan peredaran bumi
- Membahaskan kesan pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim
Bab IV Cuaca dan Iklim di Malaysia
- Jenis dan ciri iklim di Malaysia
- Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia
- Kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia
- Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia
Tema Geografi Manusia: Pengangkutan dan Telekomunikasi
Bab V Pengangkutan di Malaysia
- Pengangkutan darat di Malaysia
- Pengangkutan udara dan air di Malaysia
- Pengangkutan awam di Malaysia
- Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia
- Kepentingan pengangkutan darat, udara dan air di Malaysia
- Kepentingan pengangkutan awam di Malaysia
- Amalan pengangkutan lestari
Bab VI Telekomunikasi di Malaysia
- Alat komunikasi di Malaysia
- Kemajuan alat komunikasi di Malaysia
- Kepentingan telekomunikasi di Malaysia
- Kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara
- Penggunaan alat telekomunikasi secara beretika
Tema Geografi Kawasan: Asia
Bab VII Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya Terhadap Kegiatan Manusia di Asia
- Kepelbagaian iklim di Asia
- Ciri iklim mengikut zon di Asia
- Zon iklim sejuk
- Zon iklim sejuk sederhana
- Zon iklim panas sederhana
- Zon iklim panas
Bab VIII Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia
- Jenis pengangkutan di Asia
- Kemajuan pengangkutan di Asia
- Kesan pengangkutan terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar di Asia
Tema Isu dan Pengurusan Alam Sekitar
Bab VIV Pemanasan Global
- Maksud pemanasan global
- Faktor-faktor pemanasan global
- Kesan-kesan pemanasan global
- Langkah-langkah mengurangkan kesan pemanasan global
Bab X Teknologi Hijau
- Konsep teknologi hijau
- Ciri-ciri produk teknlogi hijau
- Contoh produk teknologi hijau
- Kepentingan teknologi hijau
- Amalan berkonsepkan teknologi hijau
Kerja Lapangan
Bab XI Panduan Kerja Lapangan
- Pemilihan isu dan tajuk
- Menentukan objektif
- Penentuan kaedah kajian
- Cara merekod, mengumpul dan menganalisis data atau maklumat
- Merumus dan menulis laporan kajian
Muat Turun Buku Teks
Anda boleh membuka pautan di bawah untuk memuat turun salinan digital buku teks ini sebagai panduan untuk semua:
Semoga perkongsian di atas ini memberikan manfaat kepada pelajar dan guru serta objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.
Related : untuk mendapatkan format pdf kementerian pendidikan malaysia, pengenalan buku teks, abad ke-21