Nota
Buku Teks Digital Sains Tingkatan 3 KSSM (Download)
Perhatian kepada pelajar Tingkatan 3 yang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tahukah anda bahawa terdapat salinan lengkap buku teks digital asas (BTDA) bagi mata pelajaran Sains yang boleh dimuat turun? Oleh itu, berikut dikongsikan Buku Teks Digital Sains Tingkatan 3 KSSM untuk panduan pelajar dan juga guru.
BTDA memberikan pelbagai kemudahan kepada pelajar dan guru-guru misalnya, ia boleh diakses di mana-mana bagi melakukan rujukan atau latihan. Selain itu, pelajar juga boleh menjimatkan perbelanjaan sekiranya menghadapi masalah kekangan kewangan untuk membeli buku teks. Hal ini demikian kerana buku teks merupakan bahan mengajar utama yang digunakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Isi Kandungan
Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 3
Di bawah adalah sukatan tema dan bab serta pautan untuk memuat turun Buku Teks Digital Sains Tingkatan 3 KSSM. Pelajar dan guru boleh memuat turun bagi membuat persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran atau untuk mengulang kaji sebelum menduduki peperiksaan.
Tema Dan Bab Sains Tingkatan 3
Secara keseluruhan, terdapat empat tema berbeza yang merangkumi 10 bab secara total dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 3. Berikut adalah perincian tema dan bab dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 3 untuk rujukan anda:
Baca juga: Koleksi Buku Teks Digital Asas BTDA Tingkatan 1 Hingga 5
Tema 1 Penyeggaraan dan Kesinambungan Hidup
- Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas:
- Sistem saraf manusia
- Rangsangan dan gerak balas dalam manusia
- Rangsangan dan gerak balas dalam tumbuhan
- Kepentingan gerak balas terhadap ransangan dalam haiwan lain
- Bab 2: Respirasi
- Sistem respirasi
- Pergerakan dan pertukaran gas dalam badan manusia
- Kesihatan sistem respirasi manusia
- Adaptasi dalam sistem respirasi
- Pertukaran gas dalam tumbuhan
- Bab 3: Pengangkutan
- Sistem pengangkutan dalam organisma
- Sistem peredaran darah
- Darah manusia
- Pengangkutan dalam tumbuhan
- Sistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan
Tema 2 Penerokaan Unsur dalam Alam
- Bab 4: Kereaktifan Logam
- Kepelbagaian mineral
- Siri kereaktifan logam
- Pengekstrakan logam daripada bijihnya
- Bab 5: Termokimia
- Tindak balas endotermik dan eksotermik
Tema 3 Tenaga dan Kelestarian Hidup
- Bab 6: Elektrik dan Kemagnetan
- Penjanaan tenaga elektrik
- Transformer
- Penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik
- Pengiraan kos penggunaan elektrik
- Bab 7: Tenaga dan Kuasa
- Kerja, tenaga dan kuasa
- Tenaga keupayaan dan tenaga kinetik
- Prinsip keabadian tenaga
- Bab 8: Keradioaktifan
- Sejarah penemuan keradioaktifan
- Atom dan nukleus
- Sinaran mengion dan sinaran tidak mengion
- Kegunaan sinaran radioaktif
Tema 4 Penerokaan Bumi Dan Angkasa Lepas
- Bab 9: Cuaca Angkasa Lepas
- Aktiviti matahari yang memberikan kesan kepada bumi
- Cuaca angkasa
- Bab 10: Penerokaan Angkasa Lepas
- Perkembangan dalam astronomi
- Perkembangan dan teknologi dalam penerokaan angkasa lepas
Muat Turun Buku Teks Digital Sains Tingkatan 3
Di bawah adalah pautan Buku Teks Digital Asas (BTDA) bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 3:
Diharapkan perkongsian berkenaan Buku Teks Digital Sains Tingkatan 3 KSSM dapat membantu anda dalam memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran samada di sekolah mahupun di rumah.