Biasiswa

Permohonan PIDN JPA 2024 Dan Semakan Program Ijazah Dalam Negara

Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan yang setaraf dengannya,  pelajar pastinya akan mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, pelajar juga akan mencari biasiswa-biasiswa yang ditawarkan oleh pelbagai organisasi demi meringankan bebanan kewangan. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Biasiswa JPA: Permohonan Dan Semakan PIDN untuk panduan semua.

Untuk makluman, Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat ijazah pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU). Manakala, Program Dermasiswa B40 adalah program penajaan dalam bentuk dermasiswa yang menyasarkan pelajar lepasan SPM yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada latar belakang keluarga B40

Baca juga: Permohonan Bantuan Kewangan KPM 2020 Golongan Berpendapatan Rendah & OKU

Cara Mohon Penajaan PIDN JPA 2024 Dan Semakan Program Ijazah Dalam Negera

Di bawah dikongsikan informasi terperinci berkaitan Biasiswa JPA: Permohonan Dan Semakan PIDN untuk makluman anda.

Perincian Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Berikut adalah maklumat seperti bidang yang ditawarkan dan syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon Program Ijazah Dalam Negara:

Senarai bidang pengajian yang ditawarkan 

  1. Kejuruteraan dan teknikal
  2. Sains sosial
  3. Klinikal dan kesihatan
  4. Sains
  5. Senibina
  6. Veterinar

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
  4. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  5. Calon dan/atau Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
  6. Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
  7. Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan

Syarat Khusus Calon

  1. Telah memulakan pengajian peringkat ijazah pertama sebelum tarikh iklan ditutup
  2. Bidang selain perubatan dan pergigian:
    • Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00 atau
    • Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya 3.25 di peringkat Diploma dari UA/ Politeknik/ IPTS yang disenaraikan
    • Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini
  3. Bidang Perubatan dan Pergigian
    • Memperolehi keputusan ‘lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian.
    • Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa

Iklan-penawaran-penajaan-PIDN-2024.

Perincian Program Dermasiswa B40

Berikut pula dikongsikan maklumat seperti syarat-syarat dan bidang pengajian yang tidak ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 untuk tahun 2020. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini:

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun 2019
  4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
  5. Ibu/ bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
  6. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama

Bidang pengajian yang tidak ditaja

  1. Pendidikan
  2. Kejururawatan
  3. Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
  4. Kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)

Institusi Tajaan Yang Terpilih

  • Universisti Awam
  • Politeknik
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  • Kolej Komuniti
  • Institut Kemahiran MARA/ Kolej Kemahiran Tinggi MARA

B40 2020 Permohonan PIDN JPA 2024 Dan Semakan Program Ijazah Dalam Negara

Tarikh Permohonan Biasiswa JPA (PIDN & Dermasiswa B40)

Untuk makluman, permohonan Dermasiswa bagi sesi akademik tahun 2024 belum dibuka buat masa ini. Berikut adalah tarikh bagi permohonan Biasiswa JPA bagi PIDN tahun 2024 untuk rujukan:

Tarikh Permohonan Biasiswa PIDN

  • Tarikh Buka: 29 Februari 2024
  • Tarikh Tutup: 7 April 2024

Tarikh Permohonan Biasiswa B40 

  • Tarikh Buka: 13 Julai 2020 (akan dikemaskini)
  • Tarikh Tutup:19 Julai 2020 (akan dikemaskini)

Bagi tahun 2024, tarikh akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Cara Mohon Biasiswa JPA (PIDN & Dermasiswa B40)

Sekiranya anda berminat dan melepasi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat melalui pautan di bawah:

  1. Sila layari Laman Rasmi Permohonan Biasiswa JPA
  2. Pada halaman utama, terdapat bahagian ‘Permohonan Atas Talian’ dan klik pada program yang anda ingin mohon.
  3. Panduan lengkap permohonan boleh dirujuk melalaui pautan berikut: Panduan Permohonan Biasiswa JPA

Nota: Pemohon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan

Semakan Permohonan Biasiswa JPA (PIDN & Dermasiswa B40)

Semakan boleh dibuat melalui Laman Rasmi Permohonan Biasiswa JPA pada halaman utama di ruang ‘Semakan Keputusan’. Sebarang perubahan berkenaan tarikh semakan keputusan akan dimaklumkan di laman sesawang eSILA (esilav2.jpa.gov.my)

Maklumat Lanjut

Semoga perkongsian berkaitan Biasiswa JPA: Permohonan Dan Semakan PIDN Dan Dermasiswa B40 memberikan manfaat kepada anda. Untuk mendapatkan sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Pembangunan Modal Insan,
    Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Putrajaya.
  • No. Telefon: 03-8885 3297/ 3553 / 3387 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 4.30 petang) kecuali cuti umum
  • Pelajar Tajaan (Dalam Negara), Emel : lspdn@jpa.gov.my / pidn2021@jpa.gov.my